SAKURA@KENYALANG 2020 – Majlis Penutupan




Selepas lapan hari berlalu, Festival Sakura@Kenyalang akhirnya telah melabuhkan tirainya pada 22 Februari 2020 iaitu pada hari Sabtu. Festival yang bertemakan “LOVE LIVE LIFE” ini merupakan event kolej yang pertama pada tahun 2020 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura Sesi 2019/2020.

Ketibaan tetamu VIP, Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UNIMAS, Professor Dr. Haji Kamarudin bin Kana diiringi tetamu-tetamu kehormat. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu UNIMASku Gemilang. Hadirin disajikan dengan tayangan montaj Festival Sakura@Kenyalang 2020 oleh Sakura Editorial Board yang merangkumi aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang festival ini sebagai pembuka tirai majlis penutupan.



Majlis diteruskan lagi dengan ucapan sepatah dua kata daripada saudari Nor Azren Syahira binti Nor Affri, Pengarah Festival Sakura@Kenyalang 2020 merangkap Presiden Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura Sesi 2019/2020. Acara kemuncak majlis – ucapan dan perasmian majlis penutupan Festival Sakura@Kenyalang daripada Professor Dr. Haji Kamarudin bin Kana. Dalam ucapan beliau, Professor Dr. Haji Kamarudin menyatakan bahawa beliau berasa amat bangga terhadap kolej Sakura kerana berjaya menganjurkan festival besar sebegini walaupun hanya terdiri daripada penghuni perempuan sahaja. Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa kolej-kolej di UNIMAS sangat aktif menganjurkan program berfaedah yang mampu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mahir dan aktif dalam aktiviti selain daripada akademik. Proses dalam pengurusan program sebegini juga boleh membantu memberi pengalaman kepada penuntut UNIMAS ke arah alam pekerjaan. Tidak lupa juga, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat.


Seterusnya, barisan tetamu kehormat serta felo-felo kolej Sakura dijemput mengiringi Professor Dr. Haji Kamarudin untuk bersama-sama melancarkan gimik perasmian penutupan. Para hadirin boleh mengimbas QR Code yang tertera di replika gimik perasmian penutupan festival Sakura@Kenyalang yang merangkumi 20 subprogram yang telah berlangsung.


Setelah acara penutupan rasmi festival Sakura@Kenyalang 2020, acara yang paling dinanti-nantikan adalah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang festival Sakura@Kenyalang berlangsung. Acara dimulai dengan persembahan selingan aerodance daripada kumpulan LUNA CHICKS, Kelab Xpresso, Kolej Sakura bagi memeriahkan lagi majlis. Sebagai penghawa telinga, majlis diserikan lagi dengan persembahan selingan daripada kumpulan LAMPA-LAMPA iaitu pemenang Akustik Festival Kesenian Sakura. Acara penyampaian hadiah diakhiri dengan persembahan aktif dan hangat daripada FACTIONLESS JUNIOR, pemenang Modern Dance Festival Kesenian Sakura.




Akhir sekali, penyampaian cenderahati kepada Professor Dr. Haji Kamarudin bin Kana oleh Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa dan diiringi saudari Nor Azren Syahira binti Nor Affri dan sesi bergambar. Selesai majlis penutupan menandakan berakhirnya Festival Sakura@Kenyalang 2020.





Ingin saya selitkan di sini, saya mewakili Sakura Editorial Board ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan Majlis Tertinggi, Exco-Exco Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura, ketua-ketua unit dan para AJK S@K atas kerjasama yang mantap dalam persediaan, pengurusan dan pengendalian program yang bermakna ini. Terima kasih juga kepada rakan seperjuangan Kolej Sakura yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Festival Sakura@Kenyalang 2020 ini. Alhamdulillah majlis penutupan Festival Sakura@Kenyalang telah berjalan dengan lancar walaupun kita terpaksa menghadapi cabaran hari hujan lebat yang tidak berhenti dari pagi hingga ke petang yang menyebabkan kawasan pentas utama mengalami kesulitan untuk meneruskan majlis. Oleh hal yang demikian, pihak unit protokol terpaksa menukar lokasi majlis ke Dewan Pavilion, UNIMAS pada saat-saat akhir. Pada masa yang sama, kawasan Rumah Hantu Sakura juga telah mengalami kesulitan, terpaksa membatalkan Rumah Hantu akibat banjir. Terima kasih Sakura Warriors kerana bantu mengangkat peralatan dan barang ke Dewan Pavilion. Terima kasih Sakura Warriors kerana bantu selamatkan peralatan dan barang Rumah Hantu walaupun dalam keadaan berhujan. Terima kasih Unit Protokol kerana telah memastikan setiap majlis dan aktiviti S@K berjalan dengan lancar. Terima kasih Unit Media kerana telah bertanggungjawab mempromosikan festival S@K, mengambil gambar-gambar kenangan dan membuat liputan setiap majlis dan aktiviti S@K. Terima kasih Unit Jualan Tiket kerana telah bertungkus lumus melariskan jualan tiket pada setiap masa. Terima kasih Unit Aktiviti kerana telah banyak menyumbang tenaga, idea dan membantu ketua subprogram menjayakan aktiviti S@K. Terima kasih Unit Logistik kerana telah memastikan peralatan dan barang setiap majlis dan aktiviti S@K adalah mencukupi dan dalam keaadaan baik. Terima kasih Unit Teknikal kerana telah setia mengendalikan peralatan teknikal pada setiap masa dan menghiburkan orang ramai dengan lagu karaoke. Terima kasih Unit 3K kerana telah memberikan khidmat terbaik dalam keselamatan, kebersihan dan keceriaan sepanjang festival berlangsung. Terima kasih Unit Rumah Hantu kerana telah menyediakan servis rumah hantu yang terbaik sepanjang festival berlangsung. Terima kasih Unit Pendaftaran kerana telah bertanggungjawab mengendalikan pendaftaran peserta, penonton dan AJK pada setiap majlis dan aktiviti S@K. Terima kasih Unit Hadiah kerana telah bertungkus lumus menyediakan hamper dan cenderahati untuk festival ini. Terima kasih Unit Bazar kerana cekal melayani dan menguruskan peniaga bazar pada setiap masa. Sekian, Festival Sakura@Kenyalang 2020 melabuhkan tirai.

Berikut adalah senarai pemenang:

FOOD WAR
1st - ARIFA HAZIMAH BINTI MAULUD
2nd - MOHD ARIFFUDDIN BIN ABDUL HAMID
3rd - NURUL AIN NAFISAH BINTI MOHAMAD

GIANT SUDOKU
1st – KUMPULAN AVENGERS
2nd – KUMPULAN PINK
3rd - KUMPULAN AILEEN

EPIC TOURNAMENT: FIFA 2020
1st – MOHD LUQMAN SABINI (KEICHAI)
2nd – MUHAMMAD NUR AIMAN DANIEL (EDI)
3rd – STEVE MCATEER

EPIC TOURNAMENT: MOBILE LEGEND
1st - TEAM JAHOKV2
2nd - KCB ESPORT
3rd - SYTH CRIMSON

FESTIVAL KESENIAN SAKURA: TARIAN TRADISIONAL
1st - KOLEJ ALLAMANDA
2nd - KOLEJ BUNGA RAYA
3rd - KOLEJ CEMPAKA

FESTIVAL KESENIAN SAKURA:  DIKIR BARAT
1st - PUTERI GEMERSIK DARI KOLEJ BUNGA RAYA

FESTIVAL KESENIAN SAKURA: AKUSTIK
1st - LAMPA-LAMPA DARI KOLEJ BUNGA RAYA
2nd - SI NUIL-NUIL 2.0 DARI KOLEJ ALLAMANDA
3rd - THE IMPERIUM DARI KOLEJ BUNGA RAYA

FESTIVAL KESENIAN SAKURA: KOIR
1st - LE’ VITAS DARI KOLEJ ALLAMANDA
2nd - KOLEJ BUNGA RAYA
3rd - DIVA HARMONY DARI KOLEJ CEMPAKA

FESTIVAL KESENIAN SAKURA: MODERN DANCE
1st - FACTIONLESS JUNIOR DARI KOLEJ BUNGA RAYA
2nd - ECCENTRIC GALAXY DARI KOLEJ DAHLIA
3rd - V-NYX DARI KOLEJ ALLAMANDA

FESTIVAL KESENIAN SAKURA: AERODANCE
1st - EXIST DARI KOLEJ CEMPAKA
2nd - TAZ AERODANCE DARI KOLEJ TUN AHMAD ZAIDI
3rd - LUNA CHICKS DARI KOLEJ SAKURA


Disediakan oleh Ayunazira Mohamad Johari
Jurugambar: Nur Atikah