17 Mei- Heritage week yang merupakan acara tahunan kolej berakhir
dengan majlis penutupan. Heritage week yang telah berlangsung dari 10-17 Mei
berjalan dengan lancarnya daripada kerjasama semua pihak. Tetamu jemputan bagi
majlis ini adalah Cik Siti Nor Ain Hj Musa, Pengetua Kolej Sakura, Pn. Hjh
Noorma Ismail, felo kolej, barisan felo kolej, Prof Madya Dr Siti bt Ghazali
sebagai wakil TNC, barisan MPP dan barisan JPK. Majlis penutupan ini telah
berlangsung di Panggung Gemilang, Cempaka bersamaan hari Ahad pada pukul 8.30
malam.
Majlis penutupan telah bermula dengan persembahan
daripada band akustik kolej Sakura sendiri iaitu, Sumandak yang telah mendapat
hati semua penonton. Selepas itu, pengarah program bagi Heritage Week, saudari
Shahidatulnuraisyah telah memberikan ucapan alu-aluan bahawa objektif program
ini adalah untuk mengembangkan bakat masing-masing
bagi menyemai semangat kerjasama dalam kumpulan. Beliau juga menyimpulkan
bahawa pertalian ukhwah dapat dipupuk dalam diri masing-masing untuk
mengekalkan hubungan harmoni tanpa sebarang konflik melalui program yang
berunsurkan tradisional pelbagai kaum.
Pengetua kolej
yang tidak kurang hebatnya juga telah
memberi ucapan dalam bahasa Jepun berjaya memukau semua hadirin majlis
tersebut. Selepas itu, Prof Siti Raudzah bt Ghazali telah berucap bagi wakil
Timbalan Naib Canselor, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman. Beliau juga telah
merasmikan majlis penutupan Sakura Culture Week. Pelepasan lantern oleh VVIP
telah berlangsung selepas ucapan beliau dan tayangan montaj Heritage Week oleh
Kelab Sidang Redaksi telah disaksikan oleh semua hadirin majlis tersebut.
Seterusnya penyampaian hadiah bagi pemenang
kategori-kategori tertentu telah berlangsung. Bagi pemenang karaoke saudara
Celestine Ank Maju dari kolej Cempaka telah mendapat hadiahnya, pemenang band
akustik adalah daripada kolej Sakura iaitu, Sumandak. Bagi kategori Love
Sakurian pula, apartmen A3.3., B3.4., dan C1.2., telah memenangi anugerah
potret keluarga paling popular.
Pemenang pantun pula adalah kumpulan Ros Kebaya dari
kolej TAZ dan pemantun terbaik jatuh kepada saudari Wan Nabila Bt Abd Razak
yang juga merupakan penghuni TAZ. Juara
bagi khat adalah saudara Abdul Zuhair b Abd Hassan, saudara Hafizuddin b Hayat
dan saudara Mohd Asyraf merupakan naib johan dan pemenang ketiga bagi kategori
tersebut. Manakala, saudari Tan Wen Shi telah memenangi anugerah pemenang
kaligrafi. Pemenang fashion show pula
dimenangi oleh saudari Debra Joseph Anak Ajaw dan bagi kategori batik telah
dimenangi oleh saudari Nor Salwa Bt Hamdan dan saudari Nurul Fitri Bt Mohamad.
Pada akhir penutupan majlis sekali lagi persembahan
daripada kumpulan Sumandak dan Homars telah dipersembahkan.
Oleh, Ng Chai Yin