Banyak aktiviti yang dijalankan. Yang paling common mesti ada `ice breaking`.
Ni masa game `radio rosak`
Ni pulak time game `belon air`. Tengok lah macam-macam gaya pelajar, pengetua, felo masa main. Sangat bersemangat tau.
Yang ni bowling tapi guna botol plastik lah. Nampak tak tu semangat dan fokus semua time main.
Ni pun tak kurang hebatnya. Kena berjalan berpasangan sambil ikat kaki. Nampak macam senang tapi susah tau sebenarnya.
Ni lagi best. Nama game ni kotak beracun. Peserta kena pilih 1 tugasan rahsia daripada kotak tu lepastu kena buat lah apa yang dapat tu. Ada yang kena buat teka-teki. Ada jugak yang kena berlakon jadi pakar sakit jiwa.
Yang ni pulak setiap kumpulan perlu cipta bangunan Kolej Sakura guna pasir pantai tu. Ala-ala sand castle lah kiranya.
Nah ni acara paling best. Makan, makan, dan makan. Ni bbq beramai-ramai tau. Ada ayam,sosej panggang. Ada mihun goreng dan dadih jugak.
Pengetua Kolej Sakura, Cik Ain beri hadiah kepada pemenang. Dalam pukul 1.30 petang bertolak pulang ke UNIMAS semula.
Wartawan : Nurul Syazwani Zulkifli
Jurugambar : Allya Syahirah Abd Riff
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.