12 Mei 2014- Film show yang dimulakan pada jam 9 malam di
bilik seminar telahpun berjalan dengan lancarnya. Program ini terdapat 90 orang
peserta yang telah menyertainya. Wayang yang dilakon oleh Park Shin Hye yang
bertajuk Miracles in Cell No. 7 mempunyai unsur komedi, sentimental dan
suspens. Jalan ceritanya pun tidaklah membosankan dan para peserta terasa
terhibur dengan jalan cerita tersebut. Terdapat para peserta yang telah menitiskan air matanya tatkala adegan-adegan tertentu yang telah menyaut hati hawa.
File mini yang menceritakan
tentang Lee Yong Gu yang mempunyai mentaliti umur 6 tahun iaitu, sebaya unur
anak perempuannya. Mereka telah menjalani kehidupan yang gembira sementara Yong
Gu bekerja di sebuah pasar raya. Pada suatu hari, anak polis komisioner telah
meninggal dunia dalam sebuah kemalangan yang pelik. Pada masa itu, Yong Gu
telah menemuinya dan telah dijatuhi hukuman mati setelah difitnah. Dengan itu,
Ye-sung telah dihantar ke sebuah institusi jagaan anak dan Yong Gu pula telah
dihantar ke sebuah sel yang mempunyai kawalan sekuriti yang ketat. Dari situlah
bermulanya plot yang sememangnya telah memenangi anugerah filem.
Film show yang diadakan sempena
Heritage Week ini telah dikendalikan oleh saudari Mimin Masturina yang juga
Exco Keselamatan dan Disiplin. Program ini bersifat santai dan para peserta
juga telah digalakkan untuk membawa makanan, minuman dan bantal untuk menikmati
wayang tersebut.
Oleh, Ng Chai Yin
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.