BAZAAR SISWA SAKURA






16 Mei- Bazaar Siswa Sakura yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari tarikh 14-16 Mei telah tamat dengan pertandingan karaoke dan band akustik. Lokasi bagi bazaar ini telah diambil tempat di Blok A. 



Pertandingan karaoke telah dimenangi oleh Calestine daripada kolej Cempaka. Manakala, band akustik telah dimenangi oleh Sumandak yang terdiri daripada kaum hawa. Persembahan band akustik telah mendapat sokongan dan galakan daripada ramai mahasiswa dan mahasiswi. Persembahan band akustik daripada Sumandak wakil kolej Sakura, Homars, band gabungan kolej Sakura, BRC dan Cempaka manakala kolej TAZ pula adalah Euphoria Echo dan All Boys Band wakil daripada kolej Cempaka telah mengambil bahagian. 





Juri-juri yang telah menilai persembahan bagi pertandingan karaoke dan band akustik adalah Thibaashini Gunasagaran, pengarah program, Nur Fadzlynniza Bt. Razah, Ketua Exco Keusahawanaan, Ras Aziela Bt. Redzuan Regunathan, Ketua Unit Korporat dan Komunikasi, Timbalan Presiden 1, Leni Marlinah Bt Tahtuang dan Ruzlim Salamat, Exco Kebudayaan BRC.



Selepas itu, Open Karaoke telah diadakan dengan bayaran sebanyak RM 1 kepada umum sekiranya mereka berhasrat untuk berkaraoke. Lokasi strategik telah menyumbang kepada profit untuk bazaar tersebut dengan sokongan daripada para peniaga yang sanggup menyewa tapak bazaar itu.


 Diharapkan lagi bahawa bazaar yang akan diadakan pada semester depan akan dapat dinaiktarafkan lagi kepada tahap yang sekali gus dapat menaikkan nama kolej Sakura dengan menjemput artis dan juga dengan penubuhan flash mob Bazaar untuk menarik perhatian mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS.

Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.