SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN

22/11- Program seminar pengurusan kewangan telah diadakan pada hari Rabu, bertarikh 22 haribulan 2014.  Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah, CTF1 dari jam 2 petang hingga jam 5.30 petang. Penceramah yang dijemput adalah pihak Agensi Kaunselingdan Pengurusan Kredit  yang terkenal dengan menghasilkan modul Pengurusan Kewangan Peribadi ataupun dikenali sebagai Personal Financial Management(PFM). Modul ini kini disediakan untuk diterap masukkan sebagai  modul pembelajaran di semua institusi pengajian tinggi.




Bank Negara Malaysia telah menubuhkan agensi ini pada bulan April 2006 untuk membantu individu yang mempunyai masalah ketidakstabilan kewangan dengan menguasai situasi kewangan mereka dan memberikan ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.  Pertemuan antara pihak AKPK dengan  Y Bhg Dato’ Mustapa Mohamed pada Mac 2007 yang merupakan seorang Menteri Pengajian Tinggi untuk membantu golongan dewasa muda menguruskan tentang kewangan masing-masing.


Pada petang itu, penjualan buku yang bertajuk “POWER! Pengurusan Wang Ringgit Anda” dan “Guru Q, Komik Pengurusan Wang” yang dapat memberikan individu cara untuk menguruskan hutang secara berhemat, kaedah pengurusan hutang dan aspek penting transaksi kewangan seterusnya dapat mengamalkan kewangan berhemat sebagai budaya hidup. Buku-buku telah dijual di luar CTF1 berharga sebanyak RM 5 dan RM 8 masing-masing.


Program ini telah dikendalikan oleh saudari Fong Shu Yiing yang merupakan seorang mantan JPK Sakura 2013/2014. Saudari merupakan pengarah program untuk Seminar Pengurusan Kewangan . Bilangan peserta yang hadir pada hari itu adalah seramai 364 orang. Penghuni Sakura yang hadir ialah seramai 139 orang daripada blok A, B dan C. 

Peserta luar yang bukan merupakan penghuni kolej juga telah hadir ke seminar ini dimana bilangannya menunjukkan seramai 72 orang dengan jelasnya menunjukkan bahawa seminar ini telah dapat menarik perhatian para mahasiswa dan mahasiswi untuk mendapatkan ilmu pengurusan kewangan.


Seminar ini telah disampaikan oleh Madam Marlene Margaret Nichol yang merupakan ketua urus AKPK Sarawak di mana pejabat beliau terletak di Tingkat 1 Bank Negara, Jalan Satok.  Beliau telah bekerja dengan pihak Bank Negara sebelum bersara. Seminar ini telah tamat pada pukul 5 petang dan seterusnya diikuti oleh sesi Questions dan Answers.


 Selepas itu, penceramah, Cik Ain, dan jemputan tetamu JPK antaranya saudari Shahidatulnuraisyah selaku mantan Presiden Sakura 2013/2014 dan saudara Khairul Anwar Junus selaku mantan MPP telah menghadiri seminar ini telah mengambil gambar bersama dengan peserta seminar sebagai kenangan.


Selepas itu, sesi menjamu selera dengan penceramah dan VIP pun telah berlangsung dan majlis telah bersurai pada pukul 530 petang.
                                                                                                                                    


Wartawan- Ng Chai Yin

Jurugambar- Amanda Shia