19
Oktober 2014- Satu program seni pertahanan diri iaitu seni silat Cekak Hanafi
telah dianjurkan oleh Exco Kebajikan Sakura. Program ini telah dijalankan di
Bilik Gym Kolej Sakura.
Pihak penganjur telah menjemput
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sarawak untuk memberi pendedahan
kepada mahasiswa Kolej Sakura akan kepentingan mempelajari seni pertahanan
diri.
Terdapat dua sesi yang dijalankan
dalam program tersebut iaitu sesi pertama sesi taklimat berkenaan Asas
Keselamatan Dan Pertahanan Diri yang disampaikan oleh Encik Mohamad Fadzly Hj.
Arfan. Dalam taklimat beliau, beliau menerangkan orang-orang yang berisiko
menjadi mangsa serangan, bentuk-bentuk serangan yang boleh berlaku, dan
senjata-senjata yang boleh digunakan untuk pertahanan diri. Setelah itu para
peserta membuat latihan amali berkenaan teknik-teknik asas untuk mengelak dari
serangan mengejut.
. Slot yang kedua ialah slot teknik
melepaskan diri dari serangan dan cengkaman yang disampaikan oleh salah seorang
ahli persatuan yang dikenali sebagai Abang Jep. Beliau memperkenalkan tiga
teknik iaitu standing fighting, round
fighting dan RAC (kunci badan). Beliau menegaskan bahawa para peserta perlu
mengetahui asas-asas pertahanan diri dan cara untuk melepaskan diri sekiranya
menjadi mangsa jenayah.
Slot yang seterusnya ialah slot
taklimat berkenaan Hak Pertahanan Diri dan Cara mengelak Dari Serangan Seksual.
Dalam slot ini diterangkan berkenaan hak-hak mempertahankan diri sekiranya
berlaku serangan. Selain itu peserta juga dijelaskan berkenaan cara mengelak
dari serangan seksual adalah tidak berpakaian terlalu menjolok mata dan tidak
mengaku sedang bersendirian. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan
demonstrasi pertahanan diri oleh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka
Ustaz Hanafi Sarawak.
Semasa majlis penutupan, Saudari
Saidatul Edora memberi sedikit ucapan dan mengucapkan ribuan terima kasihnya
kepada persatuan silat atas kesudian melapangkan masa menjadi tenaga pengajar
untuk program tersebut. Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama para
peserta.
Disediakan Oleh : Nurlaylah Lai
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.