Kolej Sakura: Simpulan
Kasih merupakan program gotong-royong yang melibatkan warga Sakura dalam usaha
membersihkan kawasan kolej Sakura. Kesemua peserta yang telah berdaftar di atas
talian telah dibahagikan mengikut tugas masing-masing termasuklah membersihkan
longkang, mengangkat bongkah batu yang dilonggokkan di hadapan koperasi kolej,
mengecat mural dan mengecat tangga.
Pendaftaran peserta dibuka seawal 7.30 pagi di perkarangan Parking
Blok C. Disebabkan cuaca yang mendung dari pagi, aktiviti mengecat tangga
ditangguhkan untuk program hari ini. Hal ini kerana, dikhuatiri hujan turun
semasa aktiviti tersebut dijalankan.
Semua peserta bergerak bergotong-royong mengangkat bongkah batu dan
membersihkan kawasan longkang sekitar kolej Sakura. Bongkah batu yang
dilonggokkan di hadapan koperasi Sakura diangkat dan disusun dia kawasan
berbukit di hadapan kolej. Dengan itu, bongkah batu tersebut dapat dijadikan
aksesori kolej daripada hanya dibiarkan berlonggok di sesuatu tempat tanpa
digunakan.
Beberapa pelajar yang terlibat dengan aktiviti melukis dan mewarna
mural juga dapat dilihat sepanjang program Simpulan Kasih berlansung. Mural
yang menggambarkan pemandangan pokok sakura dan gadis Jepun sangat menarik
sesiapa sahaja yang memandangnya. Mutiara kata yang ditulis bersebelahan dengan
lukisan tersebut juga sangat bermanfaat sebagai pedoman kepada para pelajar
Kolej Sakura.
Aktiviti gotong-royong berakhir lebih awal dari yang dijangkakan.
Para peserta pulang ke bilik masing-masing setelah mendaftar pulang.
Pada sebelah petang pula, aktiviti bergotong-royong mengecat
kawasan tangga Blok C diteruskan oleh para AJK program. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada yang terlibat dalam usaha menceriakan Kolej Sakura!
Disediakan oleh: Marjana Darus