SAKURA@KENYALANG: JAPANESE LANGUAGE CLASS


26 November 2016 - Bersempena dengan Festival Sakura@Kenyalang pihak penganjur menganjurkan satu kelas untuk mempelajari Bahasa Jepun. Kelas ini dikendalikan oleh Mr Akira Yanaike (Yanike Akira) yang berasal dari Osaka, Jepun. Mr Akira merupakan wakil dari The Japan Foundation Kuala Lumpur. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas bahasa jepun.

Tiga perkara yang dipelajari semasa kelas ini. Antaranya adalah abjad dalam bahasa jepun, perkataan-perkataan dalam bahasa jepun serta bagaimana untuk memperkenalan diri dalam bahasa jepun. Bahasa Jepun terbahagi kepada tiga iaitu Hiragana, Katakana serta Kanji. Semua peserta diberi peluang untuk memperkenalkan diri mereka dalam bahasa jepun semasa kelas ini berlangsung.

Bahasa Jepun boleh ditulis secara melintang mahupun menegak. Antara perkara yang dipelajari semasa kelas ini adalah bagaimana untuk memperkenalkan diri. Sebagai contoh, "Konnichiwa. Hajime Mashite. Furqan desu. Doozo Yoroshiku". Para peserta kelihatan begitu teruja memperkenalkan diri mereka menggunakan bahasa jepun. Kelas ini tamat pada pukul 4.30 petang selepas selesai sese fotografi bersama Mr Akira, peserta dan penganjur program.


Disediakan oleh:
Nor Afikah Mazlan





No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.