15 Disember 2018- Malam Gala Sakti (MGS) merupakan acara
tahunan bagi Kolej Sakura. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan
kepada mantan-mantan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Sakura bagi sesi
2017/2018 dan seluruh warga Kolej Sakura. MGS pada tahun ini adalah bertemakan English: Let’s Go Modern yang telah
dianjurkan oleh saudari Ainadhira Billahizzah binti Abdul Rani.
Acara ini telah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar & Alumni), Prof Mohd Fadzil Abd Rahman, Pengetua Kolej Sakura, Cik
Siti Nor Ain Binti Haji Musa, felo-felo Kolej Sakura, Cik Noorfarida binti Saini
dan Cik Raja Norazizah binti Raja Harun serta mantan-mantan JPK 2017/2018 dan
juga JPK sesi 2018/2019. Acara turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran staf-staf
kolej yang termasuk Pak Alli, Encik Lipok, Encik Etau, Encik Taha dan Puan
Evelyn.
Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Unimas
Gemilang dan diiringi lagu Tekad Sakura. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan
ucapan perasmian daripada mantan presiden JPK 2017/2018, saudari Elisa Elizebeth
Anak Jihed. Seterusnya majlis turut menjemput Cik Siti Nor Ain, Pengetua Kolej
Sakura untuk memberikan ucapan dan akhir sekali ucapan daripada Prof Fadzil Abd
Rahman.
Antara aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut ialah persembahan
tarian daripada Kelab Expresso, penyampaian
sijil Ketua Blok dan juga JPK 2017/2018. Acara yang dinanti-nantikan oleh para
pelajar akhirnya tiba apabila sesi bertukar hadiah diumumkan. Jelas terpapar kegembiraan
pada wajah para pelajar tatkala bertukar-tukar hadiah dengan rakan-rakan.
Aktiviti lain yang diadakan termasuklah gimik pembukaan
Malam Gala Sakti oleh JPK 2018/2019, penyampaian anugerah, sijil dan piala
olahraga beserta penyampaian Anugerah Bidadari yang telah dimenangi oleh
saudari, Larissa Phoebe Anak Laharose.
Majlis kemudian diakhiri dengan sesi fotografi. Majlis bersurai selepas perarakan keluar TNC HEPA, pengetua kolej dan barisan felo.
Disediakan oleh,
Deveena Iyot Anak Adrian Betie