Firman Allah SWT,
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa.” [Al-Baqarah: 183]
8 Mei 2019, Rabu – Sebuah program iftar perdana telah dianjurkan
oleh Jawatankuasa Surau Sakura sesi 2018/2019 yang bertempat di Parking Blok C
Kolej Sakura dan Surau Kolej Sakura. Program ini telah dianjurkan bersempena
dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang menggalakkan penyertaan pelajar Muslim
dan juga bukan Muslim.
Pendaftaran pelajar telah dibuka seawal 5:50 petang sebelum
diteruskan dengan agenda yang berikutnya iaitu berbuka puasa sekitar jam 6:40
petang. Pelajar yang hadir telah diberikan buah kurma beserta minuman sebagai
juadah berbuka puasa. Pelajar Muslim yang hadir kemudiannya melaksanakan solat
maghrib secara berjemaah. Program pada hari tersebut turut dihadiri oleh pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa dan juga felo Kolej Sakura, Cik Raja Norazizah binti Raja Harun.
Setelah itu, program diteruskan lagi dengan jamuan iftar
dimana pelajar yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah yang telah
disediakan oleh pihak JASSA. Jamuan iftar tersebut telah diadakan di dua tempat
iaitu di ruang legar depan Surau Kolej Sakura dan juga tempat Tempat Parking
Blok C Kolej Sakura. Seusai jamuan iftar, program diteruskan pula dengan solat
isyak dan terawih secara berjemaah di Surau Kolej Sakura.
Pelajar telah mendaftar keluar dengan kaedah QR Code pada
jam 9:00 malam sebelum acara yang dinanti-nantikan pada malam itu pun tiba,
iaitu pembahagian bubur lambuk. Program telah diakhiri dengan pembahagian bubur
lambuk kepada seluruh warga Kolej Sakura sebelum semua peserta dan pelajar
bersurai.
Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie
Photographer: Afza Naqibah Binti Azamaain