20
September 2019 – Jawatankuasa Surau Sakura (JASSA) sesi 2018/2019 telah
mengendalikan program Miftah Al-Bait 10.0. Program ini diadakan pada setiap
semester dan menerima penyertaan daripada penghuni Kolej Sakura, muslim dan
juga bukan muslim.
Solat berjemaah
Program ini dimulakan dengan bacaan Mathurat sebelum
menunaikan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya solat Isya’. Miftah Al-Bait
10.0 diteruskan dengan perkongsian bertajuk “Strive for progress, not perfection”
oleh pengetua kolej, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa. Beliau turut diiringi oleh felo
kolej, Cik Noorfarida Binti Saini. Perkongsian tersebut bertujuan untuk memberi
motivasi kepada para pelajar bagaimana untuk meneruskan pengajian serta berjaya
dengan cemerlang.
Cik Ain memberi perkongsian
Cik Ain menerangkan bahawa, sebagai seorang pelajar, kita
hendaklah pandai berdikari dalam segala hal. Beliau juga menyarankan setiap
pelajar untuk mempunyai matlamat dalam hidup dan berusaha untuk mencapainya. Pengalaman
beliau meneruskan pengajian di negara Jepun dijadikan sebagai contoh dalam
perkongsian pada malam tersebut.
Hadirin mendengar perkongsian
Nilai keagamaan juga harus diterapkan dalam pembelajaran, di
mana beliau meningatkan supaya memperbaharui dan memperbaiki niat pada setiap
pagi. Hal ini kerana, niat merupakan satu aspek yang penting dalam kita
melakukan sesuatu. Cik Ain juga tidak lupa memberi pesanan agar hadirin fokus
dalam pembelajaran mereka.
Program pada malam tersebut diakhiri dengan penyampaian
cenderahati kepada penceramah dan sesi fotografi bersama tetamu jemputan serta
pengagihan air Yassin kepada penghuni muslim.
“Our religion doesn’t demand perfection
but instead a manageable strive to better ourselves”
-Nouman Ali Khan
Disediakan oleh,
Claudia Charissa Anak Jagan