Salam Sayang Sakura - Bazar Siswa Sakura 2013



BAZAR SISWA SAKURA 2013


Bazar Siswa Sakura kembali lagi. Kali ini, bazar berlangsung selama 2 hari iaitu pada 6 hingga 7 Mac di kawasan tempat meletak kenderaan Blok A Kolej Sakura. 



Bazar bermula pada jam 12 tengahari hingga jam 10 malam. Ahli-ahli jawatankuasa pelaksana Bazar Sakura telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bazar dibuka. Antaranya adalah jualan makanan dan pakaian, pertandingan Ratu Bazar, Rumah Hantu, Dedikasi Lagu serta Ucapan dan Mini Funfair.






Tidak lengkap bazar tanpa gerai ayam penyet. Sedap... =)









Jualan makanan dan minuman lain juga disediakan. Penyewa gerai terdiri daripada peniaga luar dan pelajar UNIMAS sendiri.






Ha, bagi sesiapa yang berminat mengumpul accessories tambahan, pastinya gerai ini menjadi tumpuan. Harganya pun berpatutan. Selain itu, jualan tudung juga diadakan.


Lai, lai. Jualan murah...
Gerai ni menjual pakaian terpakai serta barangan kosmetik untuk wanita. Murah sangat dan cantik-cantik lagi tu. Admin pun tak lepaskan peluang untuk beli satu.






Pada sebelah malamnya, pertandingan Ratu Bazar Sakura telah diadakan. Seramai 28 orang perserta telah menyertai pertandingan tersebut. Wah, meriah gitu...

Pertandingan ini bertemakan Shopping. Peserta ratu tidak melepaskan peluang untuk melaram dengan memperagakan fesyen-fesyen terkini. Peserta dikehendaki melakukan catwalk di atas pentas bazar dan pemarkahan dibuat berdasarkan temubual dan tahap keyakinan peserta tersebut. Mari kita lihat aksi mereka.



Keyakinan diri tu penting. Semangat nak bershopping yer dik.


Ayu sungguh peserta ini. 


Go,go,go, shopping.


Antara peserta yang mengambil bahagian. 



Ni pula gelagat peserta semasa sesi temubual. 

Semua peserta cantik-cantik dan vogue belaka. Namun, hanya seorang pemenang yang akan dipilih sebagai Ratu Bazar Sakura. Tiga peserta terbaik telah dipilih dan Puvamala Sivavikkraman telah dinobatkan sebagai Ratu Bazar pada malam tersebut. Hadiah telah disampaikan oleh Cik Siti Nur Ain dan diiringi oleh pengarah projek Bazar Siswa Sakura, saudari Kayathiri a/p Batumalai. 



Ratu Bazar Sakura,  Puvamala Sivavikkraman. Tahniah kami ucapkan.


We are the Winner
Tiga pemenang utama Ratu Bazar.

Pada masa yang sama aktiviti Rumah Hantu juga sedang dijalankan. Rumah Hantu ini hanya terbuka kepada pelajar perempuan dengan tiket masuk berharga RM1. Kerana asyik sangat dengan aktiviti Ratu Bazar, admin terlupa nak ambil gambar aktiviti Rumah Hantu. Overall, aktiviti Rumah Hantu mendapat sambutan dari kalangan pengunjung bazar.

Pada hari kedua, jualan oleh peniaga luar dan para pelajar UNIMAS diteruskan. Bazar pada kali ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para pengunjung terutamanya dari para pelajar Sakura dan dari kolej-kolej yang lain. 




Laporan asal disediakan oleh:
Farhana Binti Muhammad Yusoff, Sidang Redaksi Kolej Sakura




No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.