SAKURA BERPANCAK


19 Oktober 2014- Satu program seni pertahanan diri iaitu seni silat Cekak Hanafi telah dianjurkan oleh Exco Kebajikan Sakura. Program ini telah dijalankan di Bilik Gym Kolej Sakura.

            Pihak penganjur telah menjemput Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sarawak untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa Kolej Sakura akan kepentingan mempelajari seni pertahanan diri.
                 



            Terdapat dua sesi yang dijalankan dalam program tersebut iaitu sesi pertama sesi taklimat berkenaan Asas Keselamatan Dan Pertahanan Diri yang disampaikan oleh Encik Mohamad Fadzly Hj. Arfan. Dalam taklimat beliau, beliau menerangkan orang-orang yang berisiko menjadi mangsa serangan, bentuk-bentuk serangan yang boleh berlaku, dan senjata-senjata yang boleh digunakan untuk pertahanan diri. Setelah itu para peserta membuat latihan amali berkenaan teknik-teknik asas untuk mengelak dari serangan mengejut.



.           Slot yang kedua ialah slot teknik melepaskan diri dari serangan dan cengkaman yang disampaikan oleh salah seorang ahli persatuan yang dikenali sebagai Abang Jep. Beliau memperkenalkan tiga teknik iaitu standing fighting, round fighting dan RAC (kunci badan). Beliau menegaskan bahawa para peserta perlu mengetahui asas-asas pertahanan diri dan cara untuk melepaskan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.



            Slot yang seterusnya ialah slot taklimat berkenaan Hak Pertahanan Diri dan Cara mengelak Dari Serangan Seksual. Dalam slot ini diterangkan berkenaan hak-hak mempertahankan diri sekiranya berlaku serangan. Selain itu peserta juga dijelaskan berkenaan cara mengelak dari serangan seksual adalah tidak berpakaian terlalu menjolok mata dan tidak mengaku sedang bersendirian. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan demonstrasi pertahanan diri oleh ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sarawak.


            Semasa majlis penutupan, Saudari Saidatul Edora memberi sedikit ucapan dan mengucapkan ribuan terima kasihnya kepada persatuan silat atas kesudian melapangkan masa menjadi tenaga pengajar untuk program tersebut. Majlis berakhir dengan sesi fotografi bersama para peserta.


          Disediakan Oleh : Nurlaylah Lai

MUHARRAM IS COMING


30 Oktober 2014- Bersempena tahun baru islam 1435 Hijriah, Exco Pembangunan Sahsiah Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura telah menganjurkan satu program iaitu Muharram is Coming. Program ini telah bermula pada 16 Oktober dan berakhir pada 30 Oktober.

Terdapat juga perkongsian ilmu yang dijalankan yang bertajuk Hijrah Bidadari..



Dalam perkongsian ini saudari jemputan menceritakan berkenaan pengalaman beliau sebelum memeluk islam dan cabaran yang beliau hadapi.

           Terdapat juga program yang berbentuk pertandingan yang telah dianjurkan. Terdapat tiga kategori pertandingan yang dianjurkan iaitu pertandingan menulis cerpen, pertandingan rekaan poster dan pertandingan menghasilakan video @ filem pendek. Pertandingan ini terbuka kepada penghuni kolej Sakura dan terhad kepada 30 orang pelajar bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Tema untuk semua pertandingan yang dianjurkan ialah “Hijrah”.

      Berikut merupakan gambar para pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan :


           



            Pemenang bagi pertandingan menulis cerpen telah dimenangi oleh saudari Nor Maisarah bt Mokhtar. Manakala, bagi pertandingan melukis poster telah dimenangi oleh saudari Nur Adila Bt Samsul Bahrin. Bagi pertandingan menghasilkan video pendek telah dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Saudari Komala Dewi Siva Subramaniam.

Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..

Disediakan oleh : Nurlaylah Lai