- Salam Sakura ku Sayang -
21 Mei 2015 | Khamis
Pada hari Khamis yang lalu pihak
Jawatankuasa Surau Kolej Sakura (JASSA) telah mengadakan sebuah ceramah perdana
yang bertajuk “Ramadhan Menggamit Kasih Sayang Allah SWT”. Ceramah telah
disampaikan oleh ceramah jemputan, Ustazah Nuraini bt Mohd Salleh yang
merupakan seorang guru J-Qaf.
Secara keseluruhannya, ceramah berkisar
tentang keistimewaan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan yang bakal menyapa para
Muslimin dan Muslimat tak kira dimana mereka berada.
Ustazah Ain menyampaikan ceramah dengan
begitu santai apabila ceramah beliau dimulai dengan tayangan video lagu
“Kemuliaan Ramadhan” yang didendangkan oleh kumpulan nasyid terkenal Inteam dan
UNIC.
Ramadhan bulan ibadah,
Bulan kerahmatan dan keampunan,
Para malaikat merendahkan sayap,
Untuk menghitung pahala berganda.
Seperti yang dinyatakan oleh Ustazah Ain,
terdapat beberapa hikmah berpuasa.
Hikmah Berpuasa
1. Menyedarkan hati orang yang
beriman bahawa dirinya adalah sentiasa berada di bawah pemerhatian Allah taala.
2.
Merupakan jalan yang termudah
untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab hamba kepadanya.
3.
Mendidik jiwa dan mengurangkan
sifat keras hati yang bersarang dalam diri insan akibat kekenyangan yang
berterusan
4.
Merupakan wasilah yang terbaik
untuk melahirkan rasa ihsan dan prihatin sesame saudara seaqidah.
Syarat Wajib Puasa
Islam telah menggariskan 3 syarat wajib
puasa untuk semua umat Islam. Apabila cukup syarat, seorang Islam itu wajib
menunaikan puasa dan berdosa sekiranya dia meninggalkannya dengan sengaja.
1.
Islam
2.
Mukallaf
3.
Tiada sebarang keuzuran yang menghalang puasa atau mengharuskannya
berpuasa
Rukun Puasa
1.
Niat
2.
Menahan diri dari perkara yang
membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari
In shaa Allah, sedikit sebanyak ilmu yang
diperoleh daripada ceramah umum yang disampaikan oleh Ustazah Ain pada hari itu
dapat dikutip untuk penambahan ilmu dalam diri masing-masing.
Semoga kita semua bersedia dan merasa
teruja untuk menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama
lagi ini.
Di sini kami turut ingin mengucapkan,
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!
Disediakan oleh: Marjana Darus