NO MEANS NO
disediakan oleh
: Fatin Shahirah Binti Amanzuria
24 Nov 2018 – " No Means No " adalah
tajuk bagi program dan penerangan gangguan seksual telah diadakan di DK1, CTF1. Program ini dihadiri oleh pelajar-pelajar
Kolej Sakura. Penerangan diberikan oleh DSP Jennifer Atok ( Pegawai Polis Bahagian
Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak ) ini adalah bertujuan untuk memberi
penerangan dan pendedahan mengenai tindakan serta jenis-jenis gangguan seksual.
Jenis gangguan
seksual :
Bukan lisan
- · Gerak isyarat yang menghina dan ekspresi muka yang bersifat seksual
- · Menunjukkan bahan-bahan lucah
Fizikal
- · Sentuhan yang tidak sesuai, menepuk, mencium, meraba, mencubit
- · Berdiri terlalu dekat
- · Menggesel
Lisan
- · Ucapan menyakitkan hati atau berbau lucah
- · Menatap dan menjerling secara tidak senonoh
- · Mengajak untuk mengadakan hubungan intim dan keluar bersama
- · Mengulangi ajakan untuk keluar dating
- · Mengugut seseorang apabila gangguan seksual ditolak
Apa
yang anda boleh lakukan? Membuat laporan polis. Dari segi undang-undang tiada
kesalahan yang jelas dalam gangguan seksual di Malaysia. Oleh itu, jika laporan
polis dibuat, polis perlu merujuk kepada
undang-undang jenayah am (Kanun Keseksaan) untuk membuat keputusan kesalahan
tertentu untuk mendakwa pelaku. Kes itu kemudian akan diperlakukan seperti mana-mana
kes kesalahan seksual yang lain.
Sekali
lagi, membuat laporan polis juga boleh menjadi alat yang berkesan. Selain
daripada siasatan polis dan tindakan di
mahkamah, ia boleh menghantar mesej yang jelas kepada pelaku bahawa dia tidak
akan terlepas kerana pihak polis membuat siasatan tentang perkara tersebut.
`
Disediakan
oleh : Fatin Shahirah bt Amanzuria