Forum Ketagihan Pornografi
: Apakah Peranan Kita?
oleh : Fatin Shahirah binti Amanzuria
23 Nov 2018 – Mereka yang menonton pornografi akan
mengalami kesan ketagihan yang sama kepada otak seperti mengambil dadah jenis
kokain.
Jelas Khoiriyah Binti Cholil Purnomo
(Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan), mereka yang melihat
pornografi adalah untuk mendapatkan keseronokan, berbanding ketagihan dadah
membawa kepada masalah kemurungan dan kes-kes bunuh diri.
Tambahnya, ketagihan pornografi
mengheret pelakunya kepada kejadian rogol selain mencabul maruah wanita.
Saudara Zhafri sebagai moderator |
Ada yang menonton pornografi ini tidak semestinya secara
sengaja. Ada yang secara tidak sengaja apabila ‘pop up’ keluar secara
tiba-tiba.
Beliau berkata demikian semasa Forum Ketagihan Pornografi anjuran Kolej Sakura dengan kerjasama kelab Pembimbing Rakan Intelek
Mahasiswa UNIMAS (PRIMU) dan juga Kelab
Harmoni di DK , CTF1 , Unimas.
Sementara itu, Dr Sadiah yang merupakan
Doktor Perubatan & Aktivis Malaysians Against Pornography (MAP) berkata, pornografi
menimbulkan perubahan tetap kepada bahan kimia neurotransmiter dan melemahkan
fungsi kawalan badan. Ini yang membuat orang-orang ketagih pornografi tidak
dapat mengawal peri laku mereka.
Kerosakan otak akibat ketagih pornografi adalah yang paling
teruk, lebih teruk daripada ketagihan kokain (dadah).
Salurkan nafsu kepada orang yang berhak
iaitu suami atau isteri dan binalah kebahagiaan bersama berpandukan pendekatan
Islam.
Semoga rumah tangga yang didirikan
mendapat “mawaddah warahmah” dan waris-waris umat Islam dijauhi daripada
perkara merosakkan jiwa dan akidah.
Disediakan
oleh : Fatin Shahirah Binti Amanzuria
Photographer
: Fellyciana Sylvester
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.