Picnic Cream O

16 September 2015 | Khamis

Di saat semua warga Malaysia menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2015 bersamaan hari Rabu yang lepas, sekumpulan pelajar dari Kolej Sakura telah menyertai program luar yang diberi nama ‘Picnic Cream-O’. Program yang bersifat santai ini memberi peluang buat 70 orang peserta untuk turut serta beriadah di Pantai Pasir Panjang.


Peserta sedang menunggu bas untuk ke Pantai Pasir Panjang

Selepas sesi pendaftaran, peserta bertolak ke Pantai Pasir Panjang seawal jam 7.00 pagi. Menurut pengarah program ini, program ‘Picnic Cream-O’ ini bertujuan untuk peserta berkenalan antara satu sama lain dan sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta. Peserta majoritinya terdiri dari pelajar baru Kolej Sakura yang baru sahaja mendaftar awal bulan ini.

Peserta sedang melakukan salah satu aktiviti di tepi pantai

Pelbagai aktiviti menarik dilakukan oleh semua peserta semasa berada di Pantai Pasir Panjang. Kemuncak program, pada jam 10.00 pagi semua peserta dihidangkan biskut ‘Cream-O’! Sesuai dengan nama program ini. Mereka turut dijamu air buah-buahan yang sangat sedap.



Kesemua peserta sangat gembira dapat memanfaatkan hari cuti mereka dengan baik bersama rakan-rakan di sini. Selain dapat melakukan perkara berfaedah, peserta juga dalam mengeratkan lagi hubungan bersama warga Kolej Sakura.


Semua peserta bersiap untuk pulang pada pukul 12.00 tengahari.

Diharap supaya semua warga Sakura menjadikan program ini sebagai kenangan terindah bila mereka pulang ke rumah masing-masing selepas menamatkan pengajian nanti.


Selamat Hari Malaysia warga Sakura!

Disediakan oleh: Marjana Darus



No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.