Score It With Your Senior
Oleh : Aisya Fathiya Che Rosli
20 Sept – Satu program ilmiah yang bertajuk ‘Score It With Your Senior’ telah dianjurkan oleh bahagian Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Sakura yang bertempat di Bilik Seminar Kolej Sakura. Program ini melibatkan pembabitan Jawatankuasa Perwakilan (JPK) Kolej Sakura sesi 2014/2015 dalam satu sesi perkongsian bersama-sama pelajar baharu sesi ambilan 2015/2016. Ng Chai Yin selaku pengarah program ini berkata antara objektif utama program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar baharu dan pelajar lama di samping berkongsi pengalaman-pengalaman dalam bidang akademik.
Seramai 20 orang pelajar dari setiap fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan (FK), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), serta Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) terlibat dalam menjayakan program ini. Antara sebab utama hanya tiga fakulti ini dipilih adalah kerana tiga fakulti ini mempunyai antara pelajar yang paling ramai mendapat tempat di Kolej Sakura. Oleh itu pihak Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Sakura, mengambil inisiatif dengan mengadakan program ini bagi membantu majoriti putri-putri Sakura untuk lebih cemerlang dalam aspek akademik.
Mantan Presiden Kolej Sakura iaitu Saudari Syahidatulnuraisyah antara yang dijemput untuk berkongsi tips-tips serta pengalaman beliau sebagai pelajar di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) bersama-sama pelajar baharu sementara Saudari Nurul Aufa Abd Majid bertindak sebagai pengacara untuk majlis ini. Kehadiran hampir semua Jawatankuasa Perwakilan (JPK) Kolej Sakura sesi 2014/2015 turut menambahkan lagi keceriaan majlis pada kali ini.
Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada tetamu jemputan.
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.