Life Planning as a
University Student Talk
26
September : Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Sakura telah mengambil inisiatif
untuk mengadakan suatu ceramah yang bertajuk ‘Life Planning as a University Students’.
Topik ceramah yang disampaikan bertemakan kehidupan seorang mahasiswa di alam
universiti.
Seramai
100 orang peserta telah dipilih melalui pendaftaran di atas talian. Peserta
mendaftarkan diri seawall pukul 8.30 pagi di Blok A sebelum mengambil tempat di
dalam Bilik Seminar, Blok A. Ceramah yang bermula pada pukul 9.00 pagi
disampaikan oleh Dr. Amalia, pensyarah yang dijemput khas dari Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Manusia. Ceramah dimulakan dengan penceramah
memperkenalkan dirinya.
Menurut
Dr. Amalia, kehidupan di universiti sangat berbeza dengan alam persekolahan. Di
universiti, pelajar bebas membuat keputusan kerana berada berjauhan daripada
keluarga. Semua keputusan dibuat oleh pelajar itu sendiri. Seterusnya, selain
belajar, pelajar juga perlu menjaga diri daripada segala anasir jahat dan
pengaruh yang negatif. Tambah Dr. Amalia lagi, setiap pelajar mempunyai 3
personaliti utama. Personaliti tersebut termasuklah menjadi dewasa, bayi dan
ibu bapa. Menjadi dewasa bermaksud bersikap matang dalam membuat keputusan.
Menjadi bayi pula apabila berada dalam dakapan keluarga. Pelajar seolah-olah
masih bayi kerana ingin bermanja-manja bersama keluarga. Menjadi seperti ibu
bapa pula apabila pelajar sendiri menasihati sahabat yang lain untuk tidak
membuat perkara-perkara yang negatif dan dilarang.
Ceramah
turut diselangi dengan peserta menyanyikan lagu bersama Dr. Amalia. Peserta
bersama-sama menyanyikan lagu yang bertajuk ‘Hero’ yang dipopularkan oleh
Mariah Carey. Aktiviti ini secara tidak lansung dapat membuatkan peserta yang
dalam keadaan tidak bersemangat menjadi lebih segar dan focus untuk mendengar
ceramah yang seterusnya.
Dr.
Amalia menyambung ceramahnya dengan menekankan mengenai perhatian pelajar
semasa di dalam kuliah. Kata beliau, otak manusia boleh berada dalam 3 keadaan
iaitu sedar, separa sedar dan tidak sedar. Hal ini sangat berkait rapat dengan
fokus pelajar semasa berada di dalam kuliah. Dalam keadaan sedar, pelajar dalam
menumpukan tumpuan penuh semasa pembelajaran dijalankan. Dalam keadaan separa
sedar, pelajar hanya dapat menumpukan perhatian setenga jalan, manakala tidak
sedar pula apabila pelajar tidak dalam menumpukan perhatian sepenuhnya.
Selepas
slot kedua ceramah, peserta sekali lagi diminta berdiri dan menyanyikan lagu
bersama-sama. Kali ini peserta diminta menyanyikan lagu ‘Senyum’ yang
dipopularkan oleh kumpulan nasyid Raihan.
Menurut
peserta yang mengikuti ceramah ini, terdapat pelbagai ilmu yang baru diketahui
menerusi ceramah ini. Peserta sedar tentang tanggungjawab seorang anak dan
pelajar di universiti. Selain itu, peserta menjadi lebih arif dalam menguruskan
kehidupan sebagai seorang pelajar universiti. Seterusnya, peserta diajar supaya
sentiasa berfikiran positif walau dalam keadaan apapun semasa menghadapi
masalah di alam universiti.
Diharap
semoga semua peserta yang menghadiri ceramah tersebut mendapat sedikit ilmu
yang berguna untuk dipraktikkan di masa akan datang. Semoga berjaya!
Disediakan oleh: Marjana Darus
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.