Keep Fit
Oleh: Marjana
Darus
18
OKTOBER 2015: Program “Keep Fit” anjuran Exco Sukan dan Rekreasi Kolej Sakura
telah berjaya diadakan untuk kali kedua pada semester ini. Pelajar kolej Sakura
yang berkelapangan menyertai program yang bersifat larian ini. Trek larian
adalah bermula dari tempat letak kereta,
Fakulti Sains dan Teknologi Sumber.
Kesemua pelajar yang menyertai larian ini dikehendaki berkumpul untuk makluman
laluan untuk larian pada hari tersebut.
Pelajar
melalui Kolej Dahlia, Kolej Allamanda, PITAS, Kolej Bunga Raya, Kolej Cempaka
dan Jambatan UNIMAS sebelum melalui Student Pavilion dan kembali ke Kolej
Sakura.
Program
seperti ini diharap dapat menarik lebih ramai penyertaan dalam kalangan pelajar
kolej Sakura demi melahirkan pelajar yang bukan sahaja bijak dalam akademik
tetapi cergas dan sihat tubuh badannya.
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.