- Salam Sakuraku Sayang -
11 Oktober 2015: Bertempat di Teater
Multimedia, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, telah diadakan satu ceramah
berkaitan pengurusan tekanan. Ceramah disampaikan oleh pensyarah UNIMAS, Puan
Debra Adrian.
Menerusi ceramah yang disampaikan,
Puan Debra menjelaskan definisi, punca dan simptom-simptom yang membawa kepada
stres. Stres didefinisikan sebagai satu keadaan yang menekan emosi, proses
pemikiran atau keadaan fizikal seseorang. Stres juga terbahagi kepada dua iaitu
stress yang baik dan stres yang buruk. Stres baik apabila stress tersebut dapat
menimbulkan rasa ceria dan semangat manakala stress buruk pula melemahkan
semangat, mematikan semangat, merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang
lain.
Terdapat banyak punca berlakunya
stres termasuklah diri sendiri, hubungan kemanusiaan, keadaan rumah, suasana
pekerjaan dan persekitaran. Untuk mengatasi masalah ini, Puan Debra menyarankan
untuk mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan stress. Pertama, kenalpasti
perasaan marah. Kedua, bertenang dengan menarik nafas panjang dan mengucap.
Ceramah diselangi dengan nyanyian
yang melibatkan semua peserta. Kesemua peserta yang mengambil bahagian diharap
dapat memanfaatkan segala maklumat baru yang diterima untuk diaplikasikan dalam
kehidupan akan datang.
Oleh: Marjana Darus
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.