Rumah Terbuka
Aidiladha Kolej Sakura
26
September 2015 : Pada 24 September 2015, semua umat Islam menyambut Hari Raya
Aidiladha. Pihak kolej tidak melepaskan peluang untuk menyambut Hari Raya
Aidiladha bersama semua penghuni Kolej Sakura yang tidak pulang beraya ke
kediaman masing-masing. Sebelum program berlansung, semua ketua rumah telah
dimaklumkan mengenai Rumah Terbuka Aidiladha ini supaya semua penghuni Kolej
Sakura dapat membuat persiapan rapi sebelum sambutan tersebut.
Rumah
Terbuka Aidiladha ini telah diadakan pada 26 September 2015. Sempena sambutan
ini, pihak jawatankuasa kolej telah menganjurkan dua pertandingan yang menarik
iaitu pertandingan rumah tercantik dan hidangan yang paling sedap. Oleh itu,
semua penghuni Kolej Sakura tidak ketinggalan untuk menghias rumah mereka
dengan meriah sekali. Mereka turut menyediakan pelbagai juadah untuk tetamu
yang datang berkunjung ke rumah. Antara hidangan yang boleh didapati semasa
sambutan berlansung termasuklah nasi impit dan kuah kacang, rendang daging, rendang
ayam, pudding buah, spagetti, laksa Sarawak dan banyak lagi. Semua rumah
kediaman seolah-olah bertanding menu siapa yang lebih menarik. Sambutan menjadi
lebih meriah apabila rumah yang dikunjungi memainkan lagu-lagu hari raya. Hal
ini membuatkan sambutan menjadi lebih meriah dan menarik.
Pihak
jawatankuasa kolej bersama pengetua kolej, Cik Ain turut berkunjung dari rumah
ke rumah untuk beraya bersama. Bermula dari rumah di Blok A ke Blok C. Kunjungan
bermula dari pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam. Pelajar
Kolej Sakura juga berpeluang untuk beraya ke aras lain di Kolej Sakura. Setiap
rumah boleh beraya ke semua aras lain secara bergilir-gilir dengan rakan
serumah yang lain. Program seperti ini secara tidak lansung dapat mengeratkan
lagi hubungan pelajar Kolej Sakura dengan jawatankuasa kolej dan pengetua.
Selain dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan penghuni Kolej Sakura,
pelajar juga dapat bersama-sama menyambut Hari Raya Aidiladha bersama
rakan-rakan di Kolej Sakura.
Bagi
pertandingan rumah tercantik, tempat pertama telah dimenangi oleh Apartment
B31. Tempat kedua dimenangi oleh Apartment A21 manakala tempat ketiga dimenangi
oleh C25. Bagi pertandingan hidangan yang paling sedap pula telah dimenangi
oleh Apartment B15. Tahniah buat semua pemenang!
Disediakan
oleh: Marjana Darus
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.