17 Februari 2020, Isnin - Kolej
Sakura telah menjemput Hazeman Huzir bagi memberi talk berkaitan tema Festival Sakura@Kenyalang 2020 iaitu LOVE,
LIVE, LIFE. Hazeman Huzir dahulunya merupakan pengacara rancangan Motif Viral
iaitu sebuah rancangan hiburan terbitan Astro yang membincangkan mengenai topik
atau video yang sedang tular di dunia maya. Kini, beliau merupakan Content
Creator dan Youtuber.
Dalam acara bual
santai ini, Hazeman Huzir yang mesra dikenali sebagai Haze mengambil peluang
untuk mempromosikan seminar anjuran beliau sendiri. Uniknya, beliau membuat
pengumuman dalam bahasa Sarawak.
“Okay kamek ada special
announcement untuk kitak semua dekat sitok. Kamek akan molah seminar dekat
sitok hujung bulan duak tok kelak, 29hb. Ada duak seminar, sigek seminar public speaking dan another one is seminar Youtube.
Jarang kamek nak molah seminar kedak tok
especially kat Sarawak, so jangan
lepaskan peluang tok. Rami-rami kita sama-sama belajar. Selagik kmk ada ilmu
tok, kamek kongsikan semoga ada manfaat utk kita semua.”
Berikut
merupakan 4 unsur yakin yang diterangkan oleh Haze yang dapat membantu dalam
penyampaian hujah dan motto kehidupan:
1. Kamalul Yaqin - Keyakinan, conviction.
2. Haqqul Yaqin - Keyakinan
yang hak, yakni keyakinan yang sesungguhnya dan tidak boleh lagi dipertikaikan,
diragui dan diperselisihkan. Suatu perbuatan.
3. 'Ainul Yaqin - Keyakinan
yang diperlihatkan, eyesight.
4. 'Ilmul Yaqin – Penjelasan, points, cara
deliver ayat.
Berikut adalah antara soalan
yang diajukan oleh pelajar kepada Haze:
How
do you handle your negative thoughts and how do you cope with your feelings
when things became very overwhelming for you?
Haze: Things do get
overwhelming sometimes for me but I know that everything that I’m doing right
now are tiny steps to achieving my goals. Everything that you’re facing right
now are the choices you made for yourself.
Nak tak nak, mahu tidak mahu, best atau tidak best, hidup perlu
diteruskan. Itulah tetapan hidup menjadi seorang manusia. Sepanjang meneruskan
hidup, kita sering berhadapan dengan pilihan. Terkadang kita sendiri tidak
pasti akan pilihan yang kita tentukan. Selalunya ia akan berakhir dengan kegusaran.
Kehidupan kita sekarang adalah pilihan kita sendiri. Awak masuk UNIMAS, itu
pilihan awak. Awak ambil course ini, itu pilihan awak. Awak bangun pagi untuk
ke kelas, itu pilihan awak. Kehidupan ini kita tidak perlu pun untuk
menyalahkan sesiapa because everything is your choice. Awak nak mandi, awak nak
makan, awak nak tengok wayang, awak nak study, itu pilihan awak. Ingat balik
tujuan kita dalam sesuatu perkara. Apa tujuan masuk UNIMAS in the first place
but why now rasa nak putus asa, semua rasa susah, tak boleh nak teruskan. Ingat
balik bahawa semua terjadi sebelumnya adalah pilihan kita sendiri. It can feel
all-consuming when you're feeling emotional overload. It includes being
absolutely overwhelmed by an intense and unruly emotion that something is too
difficult to handle and resolve for many people who face this feeling at some
point in their lives. Enjoy your life the fullest! Istikarah. Buat pilihan.
Redha dengan pilihan. Senyumlah. Terus melangkah dengan gagah.
Selepas tamat
bual santai, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati oleh
Pengetua Kolej Sakura Cik Siti Nur Ain Binti Haji Musa dan diiringi oleh
pengarah subprogram, Nur Syasya Qashrina Binti Harun. Selepas sesi fotografi,
ramai pelajar perempuan berpusu-pusu ingin menangkap gambar selfie bersama
Haze.
Tidak
ketinggalan juga, kelihatan peminat lelaki turut bersama-sama mengambil
kesempatan untuk bergambar dengan beliau. Peminat lelaki tersebut disapa oleh
Haze dan meminta mereka untuk menemani beliau ke Rumah Hantu Sakura. Selepas
menempuh suasana di Rumah Hantu Sakura, Haze dijemput untuk menjamu selera
bersama pengetua kolej, felo dan pengarah subprogram.
Akhir sekali,
jangan lupa subscribe Youtube channel Haze. Terima kasih atas kata-kata
semangat, nasihat dan lawak jenaka Haze. InshaAllah kita berjumpa lagi.
Disediakan
oleh Ayunazira Mohamad Johari
Jurugambar:
Nur Atikah
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.