SAKURA@KENYALANG 2020 - Into The Future



Pada festival Sakura@Kenyalang tahun ini, Kolej Sakura telah menganjurkan satu subprogram, bertemakan STEM yang bermaksud Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program STEM: Into The Future ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Student Pavillion selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Februari 2020.



Program yang berkonsepkan pameran STEM ini bekerjasama dengan pihak Pustaka Negeri Sarawak, Jabatan Kimia Sarawak dan Jabatan Meteorologi Sarawak. Selain itu, seramai 34 orang sekretariat eksperimen turut terlibat untuk menjayakan 15 jenis eksperimen berunsurkan kimia, elektronik dan mekanikal sebagai wakil daripada pihak Kolej Sakura, UNIMAS yang diketuai oleh Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Sakura. Sekretariat eksperimen terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Kejuruteraan. 



Seramai 60 orang pelajar dari SMK Muara Tuang dan SMK Kota Samarahan telah dijemput bagi memeriahkan program ini pada hari pertama dan seramai 30 orang pelajar dari SK Dato Mohd Musa pada hari kedua. Untuk pengetahuan umum, pendidikan STEM menjadi keutamaan kepada pihak sekolah dan universiti dalam ke arah memartabat serta memperkukuhkan bidang terbabit kepada generasi muda. Pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).


Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Pihak Pustaka Negeri Sarawak, Antaranya ialah 3D Printer, Coding Games, 3Doodler, dan mBot.






Booth dari pihak Jabatan Kimia Sarawak memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas pendidikan kimia seperti ketumpatan setiap cecair yang berbeza dan ciri-ciri kekukuhan sesuatu pepejal yang mempunyai tarikan yang tersendiri. Disamping itu, pihak Jabatan Kimia Sarawak juga membuat pameran berkaitan dengan sampel-sampel forensik, analisis DNA dan jenis-jenis dadah.



Pihak Jabatan Meteorologi Sarawak pula telah membawa beberapa set peralatan meteorologi untuk disaksikan secara realiti oleh para pengunjung. Untuk pengetahuan anda, meteorologi adalah suatu kajian tentang kejadian alam sekitar fizikal yang berlaku dalam ruang atmosfera. Bidang meteorologi juga merupakan suatu kajian tentang bagaimana sesuatu proses fenomena cuaca berlaku dan kesannya terhadap ruang atmosfera dan permukaan bumi. 


Pengkajian tentang cuaca dan iklim memerlukan alat-alat pengkaji cuaca untuk memerhatikan sebarang pola perubahan elemen cuaca seperti angin, suhu, kelembapan, awan dan lain lagi bagi membuat andaian atau ramalan tentang cuaca. Berikut adalah senarai-senarai alatan kaji cuaca:

1.Termometer
2.Anemometer
3.Barometer
4.Tolok Hujan
5.Petunjuk Arah Angin
6.Alat Pelindung Stevenson
7.Solarimeter
8.Termograf
9.Perakam Hujan
10.Alat Perakam Sinaran Matahari
11.Tangki Sejatan 'Us Class A'
12. Pengukur Tekanan Udara



Di pameran pihak UNIMAS pula, di setiap stesen eksperimen, para pelajar diberikan peluang untuk melakukan eksperimen selepas mendengar penerangan dan melihat demo daripada pihak sekretariat eksperimen. Bukan setakat pelajar sekolah yang terlibat, malah terdapat beberapa mahasiswa tertarik untuk berkunjung ke stesen dan mencuba sendiri eksperimen tersebut. Antara eksperimen yang menjadi tumpuan ramai adalah eksperimen pembuatan slime, quick sand, raining blood dan NXT robot.




Berikut adalah senarai eksperimen yang telah dijalankan:

1.Ideal gas law
2.Cola lava
3.Travelling water
4.Avoiding pepper
5.Raining blood
6.Lava lamp
7.Wingardium leviosa
8.Hydrogen ballon
9.Quick sand
10.Slime
11.Traffic light project
12.Motion sensor alarm
13.Automatic LED street light
14.Magnetic door alarm
15.NXT Robot





Pada hari terakhir, iaitu pada 20 Februari 2020, program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada agensi terlibat oleh Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nur Ain Binti Haji Musa serta diiringi oleh pengarah subprogram, Nur Husna Aqila. Alhamdulillah, program STEM: Into The Future telah memberi kenangan manis buat para pelajar.








Disediakan oleh Ayunazira Mohamad Johari
Jurugambar: Nur Atikah, Afza Naqibah dan Ezureen

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.