20 February 2019, Rabu – Jawatankuasa Perwakilan Sakura telah menganjurkan “Amanat Pengetua Awal Semester” buat pertama kalinya bagi Semester 2 Sesi 2018/2019 dengan jayanya. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Kuliah, Central Teaching Facilities 1(CTF1).
Para penghuni
kolej mula mendaftar menggunakan QR Code seawal
jam 7:00p.m sehingga jam 8:15p.m. Tetamu jemputan yang merangkumi Pengetua
kolej, Cik Siti Nur Ain binti Haji Musa, Felo kolej, Cik Noorfarida binti Saini
dan Pembantu Felo, Cik Puteri Azira tiba di lokasi majlis tepat pada jam
8:00p.m. Majlis dimulakan dengan nyanyian UNIMAS
Gemilang dan Tekad Sakura.
Sesi pendaftaran QR Code oleh penghuni Kolej Sakura
Pengetua Kolej
Sakura dijemput untuk menyampaikan ucapan beliau terlebih dahulu. Beliau
memberi ucapan tentang keadaan terkini kolej dan masalah-masalah yang timbul.
Antara intipati ucapan beliau adalah mengenai dana kolej yang diberikan
sebanyak setengah juta untuk menaiktarafkan keadaan kolej. Selain itu, beliau
juga membicarakan tentang isu keselamatan berkaitan dengan rabies, di mana kes di Sarawak telah mencapai tahap kedua dan
mendatangkan kebimbangan kepada pihak kolej.
Ucapan daripada Pengetua Kolej
Pengetua kolej
juga memberitahu bahawa gelanggang Sakura akan dibaikpulih dengan dana yang
telah dipersetujui pihak UNIMAS. Terdapat sebuah stadium dan pentas beratap
yang akan dibina di Blok C. Para penghuni kolej juga dimaklumkan bahawa
penyelenggaraan Wi-Fi masih di dalam proses pembelian dan akan dibaikpulih
dalam tahun 2019 ini.
Sesi perkongsian oleh penghuni-penghuni kolej
Majlis tersebut
berakhir dengan sesi bergambar bersama tetamu jemputan. Pada jam 10:00p.m,
setelah tetamu jemputan berangkat dari CTF1, para penghuni kolej dibenarkan
untuk mendaftar keluar menggunakan QR
Code di luar Dewan Kuliah.
Sesi bergambar bersama tetamu jemputan
Disediakan oleh,
Claudia Charissa Anak Jagan
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.