Bengkel Islamic Calligraphy



23 Februari 2019, Sabtu – Sebuah bengkel seni kaligrafi Islam telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Sakura sesi 2018/2019. Bengkel yang diadakan di Bilik Seminar Kolej Sakura ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mengasah kreativiti pelajar dalam seni Khat.

Pendaftaran pelajar telah dibuka seawal pukul 8.15 pagi sehingga 8.45 pagi. Seramai 36 orang peserta, yang terdiri daripada pelajar Muslim dan bukan Muslim telah menyertai bengkel ini.

Bengkel dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi setelah ketibaan penceramah jemputan, Ustaz Khalidi Bin Ayup yang merupakan seorang guru Pendidikan Islam.


Aktiviti pada pagi itu dimulakan dengan pengenalan serta sejarah ringkas seni khat dan jawi dimana ia terbahagi kepada lima jenis. Selain itu, turut dinyatakan bahawa tulisan khat juga merupakan tulisan yang digunakan dalam penulisan Al-Quran.  

Setelah itu, aktiviti diteruskan lagi dengan pengenalan teknik penulisan dan huruf-huruf dimana pelajar diajar untuk menulis huruf tunggal, huruf bersambung selain turut diberikan latih tubi oleh penceramah.

Pada masa yang sama, aktiviti melukis mural khat di dinding luar Surau Kolej Sakura telah diadakan dan telah disertai oleh enam orang pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti ini telah ditunda ke hari seterusnya oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan.



Bengkel pada hari itu telah diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati oleh pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa dan kemudian diakhiri dengan sesi fotografi. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah hari dan pelajar kemudian mendaftar keluar dengan kaedah QR Code.


Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie

Photographer: Afza Naqibah Binti Azamaain


No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.