IT'S JUST A JOKE: BODY SHAMING




“Be proud of who you are, and not ashamed of how someone else sees you”

30 November 2019 – “Body shaming bukanlah satu gurauan akan tetapi adalah satu jenayah”. Begitulah ungkapan penceramah Norfaiezah binti Sedi yang merupakan penceramah program It’s Just a Joke anjuran Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Sakura sesi 2019/2020. Program yang bermula seawal jam 9 pagi itu telah berlangsung di Bilik Pembelajaran 3, CTF 1.

Nyanyian lagu UNIMAS Gemilang dan Tekad Sakura telah menjadi pembuka tirai program pada pagi tadi. Cik Norfaiezah yang mesra disapa Kak Efa, kemudian dijemput bagi menyampaikan ceramah beliau. Kak Efa yang memegang jawatan sebagai Manager Pusat Internet Kampung Quop telah memulakan sesi ceramah beliau dengan menyentuh serba sedikit berkenaan buli siber secara ringkas.


Beliau menegaskan bahawa buli siber adalah perkara yang tidak patut diambil remeh dan menekankan bahawa tindakan-tindakan berikut perlulah diambil sekiranya menjadi mangsa buli siber:

  • Cerita – Memberitahu orang dewasa yang dikenali & dipercayai 
  • Bukti – Screenshot mesej pembuli sebagai bukti 
  • Lapor – Melaporkan kepada pihak polis berkenaan pembulian beserta bukti 
  • Diam – Jangan membalas e-mel/mesej/komen pembuli di media sosial 
  • Elak – Elakkan daripada bertemu janji/berjumpa dengan pembuli 
  • UnfriendUnfriend ataupun block pembuli daripada media sosial


Beliau kemudian meneruskan ceramah dengan menerangkan lebih lanjut berkenaan body shaming serta kesan-kesannya terhadap mangsa yang termasuklah stres dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kemurungan yang kemudian boleh membawa kepada kejadian bunuh diri.

“Mengkritik penampilan serta memberikan gelaran yang berasaskan ciri fizikal seseorang adalah merupakan salah satu contoh body shaming.” – Cik Norfaiezah

Setelah selesai slot ceramah, program It’s Just a Joke kemudian diteruskan dengan sesi soal jawab bersama Kak Efa. Peserta yang hadir telah diberi peluang secara terus untuk bertanyakan pelbagai soalan dan tidak kurang juga ada soalan yang telah berjaya mencuit hati Kak Efa.


Seusai sesi soal jawab, program diteruskan pula dengan sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah oleh pengarah program iaitu saudari Nur Husna Aqila binti Sahabudin. Majlis kemudian diakhiri dengan sesi fotografi.


“Judging a person does not define who they are. It defines who you are” – Kristen Stewart

Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie
Photographer: Izzati Hariri

CERAMAH ZIARAH KE ALAM BARZAKH: KEMATIAN ADALAH SEBUAH KEPASTIAN




نَسْأَلُكَ يَامَنْ هُوَ اللهُ الَّذِيْ لآَ إِلَهَ إِلّاَ هُوَ اْلرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ
Nas-aluka yâ man huwaAllâhulladzî lâ ilâha illâ huwar-Rohmânur-Rohîm
أَلْمَلِكُ اْلقُدُّوْسُ السَّلَامُ اْلمُؤْمِنُ اْلمُهَيْمِنُ الْعَزِيْزُ اْلجَبَّارُ
Al Malikul Quddûsus-Salâmul Mu.minul Muhaiminul ‘Azîzul Jabbâr
اْلمُتَگَبِّرُ اْلخَالِقُ اْلبَارِئُ اْلمُصَوِّرُ اْلغَفَّارُ اْلقَهَّارُ اْلوَهَّابُ الرَّزَاقُ اْلفَتَّاحُ اْلعَلِيْمُ
Al Mutakabbirul Khôliqul Bâri-ul Mushowwirul Ghoffârul Qohhârul Wahhâbur-Rozzâqul Fattâhul ‘Alîm

22 NOVEMBER 2019, JUMAAT – Asma’ul Husna, 99 nama Allah SWT dialunkan sebagai pembuka tirai bagi program Ceramah Ziarah ke Alam Barzakh: Kematian Adalah Sebuah Kepastian anjuran Jawatankuasa Surau Sakura (JASSA) Sesi 2019/2020 yang bertempat di Dewan Syarahan, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) UNIMAS.

Ceramah Ziarah ke Alam Barzakh disampaikan oleh Ustaz Muhamad Fadhli Bin Ahmat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS dan dihadiri oleh Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa, Felo Kolej Sakura, Cik Noorfarida Binti Saini dan Cik Raja Norazizah Binti Raja Harun serta Pengarah PITAS, Profesor Madya Dr Abdul Halim bin Haji Busari.


Ustaz Muhamad Fadhli Bin Ahmat memulakan bicara dengan mengalunkan surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 10 bersama penonton yang hadir. Beliau yang juga merupakan Kaunselor Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) menyatakan melalui ceramahnya bahawa alam barzakh adalah alam yang dilalui oleh manusia setelah meninggal dunia yang menjadi pemisah antara alam dunia dan alam akhirat.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat), dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)


Ustaz kelahiran Jerteh, Terengganu ini menyatakan lagi bahawa manusia perlu mengingati mati sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu waktu hendak tidur dan bangun dari tidur. Sewaktu bangun daripada tidur, kita membaca doa yang bermaksud: “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepada-Nya kami akan kembali. Doa itu sebenarnya mengandungi pengertian yang sangat besar iaitu berkaitan dengan kematian. Ketika tidur kita semua dikatakan mati sebentar. Apabila terjaga, Allah SWT akan menghantar semula roh kita. Maka, setiap orang Mukmin tidak akan sesekali lalai kerana setiap kali bangun tidur, kita diperingatkan dengan kematian.



Terdapat banyak hadis ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnul khatimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik kepadaNya.

TANDA KEMATIAN YANG BAIK (HUSNUL KHATIMAH)
1. Mati pada hari atau malam Jumaat
2. Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir
3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya
4. Dia diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia
5. Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT
6. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut
7. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT
8. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak
9. Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya
10. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh

SUASANA DALAM KUBUR:



Setelah sesi ceramah berakhir, sesi soal jawab dibuka kepada para penonton. Alhamdulillah ramai penonton aktif menanyakan soalan yang bernas serta bermaklumat dan Ustaz Muhamad Fadhli Bin Ahmat dapat menjawab persoalan dengan tepat.

Program Ceramah Ziarah ke Alam Barzakh diteruskan dengan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Ustaz Muhamad Fadhli Bin Ahmat oleh Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa, Pengetua Kolej Sakura diiringi oleh Pengarah program iaitu Izzah Syahirah Binti Asik dan diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan. Tetamu VIP seterusnya dijemput menjamu selera dan para penonton bersurai.


“Sebaik-baik bekalan menuju akhirat adalah takwa.”

Disediakan oleh Ayunazira Binti Mohamad Johari
Photographer: Nurul Amira

Love in the Air



“Once a lass met a lad
You’re a gentle one said she
In my heart, I’d be glad
If you love me for me”

15 November 2019 – Begitulah dendangan lagu “If you love me for me” oleh pasukan koir Tun Ahmad Zaidi (TAZ) yang membuka tirai bagi acara nyanyian yang bertemakan “Love in the Air” anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan Kolej Sakura 2018/2019 yang bertempat di Panggung Gemilang. Program interkolej yang dianjurkan ini merupakan sebuah platform dimana kolej-kolej kediaman di UNIMAS berentap dalam dua kategori, iaitu koir dan juga akustik.



Acara yang bermula seawal jam 8:15 malam itu telah dihadiri oleh pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain binti Haji Musa dan felo-felo Kolej Sakura, Cik Raja Norazizah binti Raja Harun dan juga Cik Noorfarida binti Saini. Tiga orang juri jemputan; Encik Ahmad Deedat bin Ibrahim, Encik Mohd Anwar Hassan dan Banie Faizu turut dijemput untuk memeriahkan lagi acara.

Nyanyian kategori koir turut disertai oleh tiga lagi kolej lain termasuk Kolej Allamanda, yang merupakan juara bagi kedua-dua kategori nyanyian, Kolej Cempaka dan juga Kolej Sakura. Acara kemudian diteruskan pula dengan kategori nyanyian akustik yang dimeriahkan dengan penyertaan dari Kolej Bunga Raya dan Kolej Rafflesia.



Acara ini telah mendapat sokongan penuh daripada semua pihak yang terlibat. Sorakan kolej-kolej dilaungkan di setiap hujung persembahan menggambarkan sokongan tanpa sempadan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang hadir. Sorakkan pelajar-pelajar sekali lagi memeriahkan Panggung Gemilang tatkala diumumkan persembahan istimewa daripada juri jemputan, Banie Faizu. Beliau mendendangkan lagu Can’t help falling in love with you dan juga Isabella.

Program “Love in the Air” kemudian diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan juga penyampaian cenderamata kepada juri-juri jemputan. Majlis kemudian diakhiri dengan sesi fotografi.

 Senarai Pemenang
Koir:
Juara: Kolej Allamanda – Le’ Vitas
Kedua: Kolej Tun Ahmad Zaidi – Avataz Choir
Ketiga:  Kolej Sakura – Sakura Amorcita

Akustik:
Juara: Kolej Allamanda – Nuil Nuil Part
Kedua: Kolej Bunga Raya – Civilization
Ketiga: Kolej Tun Ahmad Zaidi – Avatz Senior




"The best and most beautiful things in this world cannot be seen or even heard, but must be felt with the heart." — Helen Keller

Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie
Photographer: Fellyciana Sylvester

SAKURA FAMILY DAY



9 NOVEMBER 2019, SABTU – Exco Protokol telah menganjurkan program Sakura Family Day yang bertempat di Bilik Seminar, Kolej Sakura. Program ini merupakan satu program explorace yang menggalakkan penghuni Kolej Sakura berkomunikasi antara satu sama lain. Penganjuran Sakura Family Day ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara warga Kolej Sakura. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Sakura Family Day ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara rakan sebilik atau rakan serumah mereka sendiri.

Program ini telah melibatkan seramai 42 orang penghuni Kolej Sakura iaitu seramai 7 orang dalam 1 kumpulan. Para peserta mendaftar melalui QR code bermula dari 7.30 pagi hingga 8.00 pagi. Sarapan diagihkan selepas pendaftaran.




Proram Sakura Family Day dimulakan dengan senaman pagi oleh AJK aktiviti. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti Ice Breaking dan Cheers dari setiap kumpulan; Snowkid, Whut?, The Titans, Pullaingos, Girls On Fire, dan Lightning. Setiap kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk mencipta Cheers kumpulan masing-masing.

Aktiviti utama Sakura Family Day iaitu slot explorace dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi dengan permainan pertama iaitu Sakura Boom. Seterusnya, setiap kumpulan berpecah ke check point masing-masing mengikut template yang diberikan. Terdapat 5 jenis aktiviti iaitu Kerusi Berirama, Cookies Face, Telefon Berkarat, Lontaran Kasih dan Lontaran Telur di setiap check point di sekitar Kolej Sakura yang meliputi Blok A, Blok B dan Blok C.




Program Sakura Family Day diakhiri dengan acara penyampaian hadiah yang telah dihadiri oleh pengetua, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa dan felo Kolej Sakura, Cik Noorfarida Binti Saini. Acara dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Sakura Bollywood Night yang meliputi 3 kategori iaitu Family Photo Terbaik, Wefie Terbaik dan Apartment Terbaik. Sakura Bollywood Night telah diadakan pada 13 Oktober 2019 oleh pengarah program iaitu saudari Silvia Sangau.

Kategori Family Photo Terbaik dimenangi oleh apartment C2.3 dan A1.2, kategori Wefie Terbaik melalui aplikasi Instagram dimenangi oleh username jancy.com dan asyha98vero, dan kategori Apartment Terbaik dimenangi oleh apartment C2.2, B2.8 dan A2.5.


Tahniah diucapkan buat kumpulan The Titans, Girls On Fire dan Whut? yang telah memenangi pertandingan Explorace! Program Sakura Family Day berakhir kira-kira 12.30 tengah hari dan para peserta telah mendaftar keluar dengan kaedah QR Code.

Disediakan oleh Ayunazira Binti Mohamad Johari
Photographer: Nur Aisyah Binti Awang