MALAM GALA SAKTI KOLEJ SAKURA 2013

15 Disember 2013 - Malam Gala Sakti (MGS) merupakan acara kemuncak dan acara tahunan bagi Kolej Sakura. MGS yang bertemakan Classic Night ini merupakan malam penghargaan kepada seluruh warga Kolej Sakura serta mantan-mantan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Sakura bagi sesi 2012/2013. Pengarah Projek MGS ini ialah saudari Syamimi Hazwani.





Malam Gala Sakti yang telah berjalan dengan lancar pada hari Ahad yang lalu, dihadiri oleh TNC HEP & Alumni, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman dan isteri beliau, Pengetua kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain, felo-felo kolej, mantan-mantan JPK sesi 2012/2013, dan JPK Sakura sesi 2013/2014. 



Antara agenda kemuncak pada malam tersebut adalah muzik video lagu Sakura, pelancaran website ,dan tayangan montaj JPK sesi 2013/2014 daripada Exco Publisiti dan Komunikasi. TNC HEP & Alumni, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman, Cik Siti Nor Ain dan diiringi oleh pengarah projek, Shamimi Hazwani atas pentas untuk melangsungkan pelancaran rasmi Malam Gala Sakti. Selepas itu, muzik video lagu Sakura, pelancaran website ,dan tayangan montaj JPK sesi 2013/2014 daripada Exco Publisiti dan Komunikasi telah ditayangkan. Jamuan makanan dan cabutan bertuah pun telah dimulakan.

Pelbagai persembahan menarik telah dipersembahkan di malam tersebut dari semua penghuni Kolej Sakura yang cukup berbakat, termasuklah nyanyian dan tarian.

Persembahan Tarian


Persembahan Nyanyian




King of The Night

Queen of The Night

Saudari Syamimi dan Saudari Shahidatulnuraisyah

Pengerusi Malam Gala Sakti

Finalist of King and Queen of the Night


Gambar Kenangan Bersama Pengetua dan Felo-Felo Kolej Sakura
Klik di sini untuk gambar-gambar Malam Gala Sakti.

Video Jawatankuasa Perwakilan Kolej Sakura 2013/2014










MAJLIS ANGKAT SUMPAH JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ 2013/2014

29 DISEMBER 2013 - Untuk julung kalinya, kolej Sakura telah menganjurkan majlis ikrar angkat sumpah Jawatankuasa Perwakilan Kolej kediaman UNIMAS bagi sesi 2013/2014 di CTF 1, Dewan Kuliah. Majlis ini yang diuruskan oleh saudari Nor Adilah sebagai ketua urus setia telahpun berjalan dengan lancar atas kerjasama AJK urus setia yang terdiri seramai 27 orang. Presiden dan Exco serta MT daripada 9 buah kolej iaitu, Sakura, Tun Ahmad Zaidi(TAZ), Bunga Raya(BRC), Cempaka, Allamanda, Kenanga, Kasturi, Seroja dan Rafflesia telah menghadiri majlis tersebut disertai dengan kehadiran seramai 50 orang pelajar dari kolej Sakura.

Barisan Exco Sakura


Barisan Exco Sakura


Ahli Kelab Sakura


Sidang Redaksi Sakura

Ahli Kelab Sakura



Yang Berusaha Pn. Wan Robiah Meor Osman,Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengetua Kolej Kediaman UNIMAS sebagai wakil kepada Timbalan Naib Canselor, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman diiringi felo-felo kolej, pengurus-pengurus asrama dan barisan MPP sesi 2013/2014 telah diundang sebagai tetamu jemputan. Selepas lagu Negaraku dan UNIMAS Gemilang telah dinyanyikan, bacaan doa telah diketui oleh saudara Muhamad Khairul Zahidi Zakaria.

Tetamu Jemputan

Tetamu Jemputan



Seterusnya, majlis telah menjemput Pn. Wan Robiah untuk mengucapkan atas pentas. Pn.Wan Robiah melafazkan rasa bersyukur dan  melafazkan ribuan terima kasih kepada kolej Sakura kerana telah mengambil inisiatif melaksanakan majlis ini. Beliau juga menasihati barisan JPK supaya mengutamakan aspek akademik dan kokurikulm. Pn. Robiah mewakili Yang Berbahagia Prof Mohd Fadzil Abd Rahman merasmikan majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan JPK sesi 2013/2014.

 Puan Wan Robiah, Pengerusi Jawatankuasa Pengetua Kolej Kediaman UNIMAS Menyampaikan Ucapan

Penyerahan watikah pelantikan JPK sesi 2013/2014.

 Menurut ketua urusetia, majlis ini diadakan bagi melahirkan rasa tanggungjawab dan bersemangat dalam menjalankan tugas sebagai JPK. Saudari Nor Hanani bt Mohd Nor telah mengacarakan majlis ini yang berlangsung pada hari Jumaat, 29 Disember 2013. Wakil mantan JPK sesi 2012/2013 Muhammad Amirul bin Hj.A.Shakri telah mengucapkan bahawa pemimpin yang baik adalah pemimpin yang benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana. 




Mantan Presiden JPK juga telah menasihati supaya sentiasalah belajar daripada kesilapan dan berharap barisan JPK baru dapat menjadi individu yang matang dan tenang dalam menyelesaikan masalah.


Lafaz Ikrar

Lafaz Ikrar

Presiden-Presiden Kolej

Lafaz Ikrar Pelantikan Jawantankuasa Perwakilan Kolej





Selepas itu, barisan presiden JPK telah melafazkan angkat sumpah diikuti dengan barisan Exco dan MT kolej masing-masing. Akhir sekali, sesi penggambaran bersama JPK sesi 2013/2014 telah dijalankan setelah tamatnya majlis angkat sumpah tersebut.


Sesi Bergambar bersama semua tetamu

Jawatankuasa perwakilan Kolej Sakura

Presiden & Exco Publisiti Kolej Sakura bersama Sidang Redaksi Kolej Sakura

 Disediakan oleh : Ng Chai Yin



SAKURA ON FIRE SERIES II

Sabtu, 30 November 2013 – Kolej Sakura telah mengadakan aktiviti Sakura On Fire (Fire Drill) yang bertempat di Parking Blok C Kolej Sakura. Latihan kebakaran tersebut merupakan anjuran Exco Disiplin dan Keselamatan Kolej Sakura dengan kerjasama Pihak Bomba Kota Samarhan. Program ini telah melibatkan semua penghuni Kolej Sakura sebagai peserta, Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Norain Musa dan  Ahli Jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada 30 orang dalam menjayakan Sambutan Sakura On Fire pada kali ini. Menurut saudari Fitriyah Nurul Aliah Noormislan, Mantan Exco Disiplin dan Keselamatan selaku Ketua Pengarah Projek  Sakura On Fire objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang bahaya kebakaran dan cara untuk menyelamatkan diri serta langkah-langkah keselamatan melalui demonstrasi oleh Pihak Bomba  kepada penghuni Sakura sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini yakni kebakaran.






Program ini bermula pada pukul 2.30 pagi dengan siren kecemasan dibunyikan. Para penghuni bergerak ke tapak pengumpulan mengikut laluan kecemasan yang telah disedikan dan wakil ketua apartment melaporkan jumlah setiap isi rumah masing-masing. Lokasi berkumpul para penghuni dibahagikan kepada tiga tempat mengikut blok. Bagi penghuni Blok A lokasi berkumpul adalah di laluan ke FSTS, penghuni Blok B di dataran berhadapan dengan Mini Mart Kolej Sakura manakala, penghuni Blok C di dataran parking Blok C. Selepas itu, para penghuni bergerak ke Parking Blok C untuk berkumpul.



Seterusnya, demonstrasi menyelamatkan mangsa daripada pihak Bomba dan sedikit penerangan daripada pihak Bomba. Pihak Bomba ada menyentuh tentang pergerakan para penghuni yang agak lambat semasa menuju ke dataran untuk berkumpul kerana menurut beliau pergerakan perlu pantas dan lincah sekiranya berlaku kebakaran dan masa yang diperlukan untuk berkumpul di dataran hanya perlu mengambil masa lima minit sahaja, penghuni perlu keluar mengikut laluan kecemasan yang betul, perlu mematikan semua peralatan elektrik dan pintu perlu dikunci untuk mengelakkan api daripada cepat merebak.





 Seterusnya, penerangan berkenaan penggunaan Alat Pemadam Api (APA) dan demonstrasi pemadaman api menggunakan APA oleh pihak Bomba dan para penghuni Kolej Sakura turut berpeluang menggunakan alat tersebut untuk tujuan latihan. Program tamat dan penghuni bersurai sekitar pukul 3.45 pagi. Walaupun semasa aktiviti berlangsung berlaku hujan renyai-renyai namun, itu tidak menghalang aktiviti untuk terus berlangsung. Sesungguhnya, Sambutan Sakura On Fire ini diharapkan dapat meningkatkan tahap keselamatan para penghuni Kolej Sakura.




Disedikan oleh: Nurlaylah Lai

HARI SUKAN SAKURA

Hari Sukan Sakura ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk dan menyemai semangat kesukanan setiap individu, mewujudkan persaingan yang sihat, serta menerapkan semangat berpasukan dan kerjasama yang padu dalam kalangan warga Kolej Sakura. Aktiviti ini dianjurkan oleh  Exco Sukan dan Rekreasi Sakura serta ahli-ahli kelabnya. Seramai 23 orang ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan dan memastikan semua aktiviti berjalan lancar. Pengarah Projek ialah saudari Nisha a/p Mayakhrisnan dan dibantu oleh saudari Nur Nadia Nabilah selaku Timbalan Pengarah Projek serta ahli jawatankuasa yang lain. 


Aktiviti ini dijalankan pada 23 November 2013 bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari bertempat di gelanggang Kolej Sakura dan gelanggang Allamanda, serta dalam kawasan UNIMAS seperti di BHEP dan lain-lain.Secara keseluruhannya, seramai 103 peserta telah menyerlahkan bakat dan potensi masing-masing menerusi aktiviti ini.

Matlamat utama aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada semua warga Kolej Sakura mencungkil bakat dan semangat waja dalam kesukanan serta meredakan tekanan setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan dan projek bagi subjek masing-masing.


Hari Sukan Sakura ini terbahagi kepada 2 aktiviti utama yang dikenali sebagai Bola-bola Sakura dan De`Tour UNIMAS.Bagi aktiviti Bola-bola Sakura terbahagi kepada 4 iaitu pertandingan Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Keranjang dan Futsal.




Terdapat 2 kumpulan yang menyertai Bola Tampar dan Bola Keranjang serta 4 kumpulan masing-masing menyertai Bola Jaring dan Futsal.Hanya pertandingan futsal sahaja yang dadakan di gelanggang Kolej Allamanda.

Setiap kumpulan yang bertanding dikenakan yuran sebanyak RM15.Setiap pertandingan diadili oleh pengadil yang berpengalaman dalam setiap sukan yang dipertandingkan.





Secara keseluruhannya, saudari Nisha a/p Mayakhrisnan selaku Pengarah Projek Hari Sukan Sakura ini sangat berpuas hati dengan bakat yang ditunjukkan oleh para peserta namun beliau mengharapkan pada masa akan datang lebih ramai yang akan menyertai aktiviti seumpama ini. Selain itu, faktor keselamatan harus dititikberatkan memandangkan 2 orang peserta mengalami kecederaan iaitu terhantuk dan luka di kaki agar selepas ini perkara yang sama tidak akan berlaku semula.


Secara kesimpulannya, diharapkan warga Kolej Sakura akan menyertai setiap aktiviti yang dijalankan dengan memberikan komitmen yang tinggi serta berhasil meningkatkan imej Kolej Sakura agar setanding dengan kolej-kolej yang lain di UNIMAS ini.