Program ini bermula pada pukul 2.30 pagi dengan siren kecemasan dibunyikan. Para penghuni bergerak ke tapak pengumpulan mengikut laluan kecemasan yang telah disedikan dan wakil ketua apartment melaporkan jumlah setiap isi rumah masing-masing. Lokasi berkumpul para penghuni dibahagikan kepada tiga tempat mengikut blok. Bagi penghuni Blok A lokasi berkumpul adalah di laluan ke FSTS, penghuni Blok B di dataran berhadapan dengan Mini Mart Kolej Sakura manakala, penghuni Blok C di dataran parking Blok C. Selepas itu, para penghuni bergerak ke Parking Blok C untuk berkumpul.
Seterusnya, demonstrasi menyelamatkan mangsa daripada pihak Bomba dan sedikit penerangan daripada pihak Bomba. Pihak Bomba ada menyentuh tentang pergerakan para penghuni yang agak lambat semasa menuju ke dataran untuk berkumpul kerana menurut beliau pergerakan perlu pantas dan lincah sekiranya berlaku kebakaran dan masa yang diperlukan untuk berkumpul di dataran hanya perlu mengambil masa lima minit sahaja, penghuni perlu keluar mengikut laluan kecemasan yang betul, perlu mematikan semua peralatan elektrik dan pintu perlu dikunci untuk mengelakkan api daripada cepat merebak.
Seterusnya, penerangan berkenaan penggunaan Alat Pemadam Api (APA) dan demonstrasi pemadaman api menggunakan APA oleh pihak Bomba dan para penghuni Kolej Sakura turut berpeluang menggunakan alat tersebut untuk tujuan latihan. Program tamat dan penghuni bersurai sekitar pukul 3.45 pagi. Walaupun semasa aktiviti berlangsung berlaku hujan renyai-renyai namun, itu tidak menghalang aktiviti untuk terus berlangsung. Sesungguhnya, Sambutan Sakura On Fire ini diharapkan dapat meningkatkan tahap keselamatan para penghuni Kolej Sakura.
Disedikan oleh: Nurlaylah Lai
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.