HARI SUKAN SAKURA

Hari Sukan Sakura ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk dan menyemai semangat kesukanan setiap individu, mewujudkan persaingan yang sihat, serta menerapkan semangat berpasukan dan kerjasama yang padu dalam kalangan warga Kolej Sakura. Aktiviti ini dianjurkan oleh  Exco Sukan dan Rekreasi Sakura serta ahli-ahli kelabnya. Seramai 23 orang ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan dan memastikan semua aktiviti berjalan lancar. Pengarah Projek ialah saudari Nisha a/p Mayakhrisnan dan dibantu oleh saudari Nur Nadia Nabilah selaku Timbalan Pengarah Projek serta ahli jawatankuasa yang lain. 


Aktiviti ini dijalankan pada 23 November 2013 bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari bertempat di gelanggang Kolej Sakura dan gelanggang Allamanda, serta dalam kawasan UNIMAS seperti di BHEP dan lain-lain.Secara keseluruhannya, seramai 103 peserta telah menyerlahkan bakat dan potensi masing-masing menerusi aktiviti ini.

Matlamat utama aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada semua warga Kolej Sakura mencungkil bakat dan semangat waja dalam kesukanan serta meredakan tekanan setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan dan projek bagi subjek masing-masing.


Hari Sukan Sakura ini terbahagi kepada 2 aktiviti utama yang dikenali sebagai Bola-bola Sakura dan De`Tour UNIMAS.Bagi aktiviti Bola-bola Sakura terbahagi kepada 4 iaitu pertandingan Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Keranjang dan Futsal.




Terdapat 2 kumpulan yang menyertai Bola Tampar dan Bola Keranjang serta 4 kumpulan masing-masing menyertai Bola Jaring dan Futsal.Hanya pertandingan futsal sahaja yang dadakan di gelanggang Kolej Allamanda.

Setiap kumpulan yang bertanding dikenakan yuran sebanyak RM15.Setiap pertandingan diadili oleh pengadil yang berpengalaman dalam setiap sukan yang dipertandingkan.





Secara keseluruhannya, saudari Nisha a/p Mayakhrisnan selaku Pengarah Projek Hari Sukan Sakura ini sangat berpuas hati dengan bakat yang ditunjukkan oleh para peserta namun beliau mengharapkan pada masa akan datang lebih ramai yang akan menyertai aktiviti seumpama ini. Selain itu, faktor keselamatan harus dititikberatkan memandangkan 2 orang peserta mengalami kecederaan iaitu terhantuk dan luka di kaki agar selepas ini perkara yang sama tidak akan berlaku semula.


Secara kesimpulannya, diharapkan warga Kolej Sakura akan menyertai setiap aktiviti yang dijalankan dengan memberikan komitmen yang tinggi serta berhasil meningkatkan imej Kolej Sakura agar setanding dengan kolej-kolej yang lain di UNIMAS ini.


No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.