MAJLIS PERJUMPAAN PENGETUA, FELO DAN PENGHUNI KOLEJ SAKURA SEMESTER 2 2013/2014

19 Febuari - Kolej Sakura telah mengadakan satu Majlis Perjumpan Bersama Pengetua, Felo dan Pelajar Kolej Sakura yang diadakan di DK, CTF1.


Majlis tersebut bermula dengan pendaftaran masuk pelajar Sakura pada jam 6.45 petang sehingga 7.30 malam. Seterusnya, diikuti dengan ketibaan para VIP. Majlis diteruskan lagi dengan nyayian lagu UNIMAS Gemilang dan Tekad Sakura.
Objektif perjumpaan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara penghuni-penghuni Kolej Sakura dengan Pengetua dan felo-felo Kolej Sakura, serta menyampaikan mandat pengetua kepada para penghuni Kolej Sakura. Selain itu, turut bertujuan untuk menjawab kemusykilan para penghuni berkenaan kolej.

Dalam majlis tersebut Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Hj. Musa menyampaikan mandatnya kepada penghuni Kolej Sakura berkenaan pengiraan mata merit yang menggunakan sistem baru iaitu sistem purata, mengalakkan agar penghuni berjimat cermat menggunakan kemudahan yang di sediakan di kolej seperti air dan elektrik, menyeru penghuni agar lebih berdisiplin dan menjaga keselamatan diri, menjaga kebersihan surau kolej dan memaklumkan bahawa minimart kolej ditutup selama satu bulan.


Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj barisan JPK sesi 2013/2014 dan sesi soal jawab antara penghuni kolej sakura dengan para VIP. Setelah itu, majlis bersurai pada pukul 9.10 malam.

Oleh :Nurlaylah Lai

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.