Jumaat,
21 Mac 2014 –Sempena dengan Program Konvensyen Wanita Anggun anjuran Exco
Akademik dan Kerjaya Kolej Sakura, satu slot ceramah agama yang bertajuk “Batas
Pergaulan Lelaki & Perempuan” telah diadakan. Ceramah tersebut diadakan di
Bilik Seminar Pusat Islam.
Ceramah tersebut bermula seawal 8.00 pagi dengan pendaftaran
mahasiswa Kolej Sakura dan kolej-kolej lain dan berakhir pada pukul 10.30
malam. Ketibaan dif-dif jemputan iaitu Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nur Ain
Hj. Musa, barisan Pengerusi-pengerusi kolej-kolej kediaman UNIMAS dan menampilkan
Al-Fadhil Ustaz Tamrin Arrim, Pegawai HIKMAH Kota Samarahan sebagai penceramah
jemputan untuk memberi pencerahan berkenaan tajuk ceramah tersebut pada pukul
9.00 malam.
Fokus utama ceramah tersebut membincangkan
tentang pengertian “Ikhtilat” yang sebenar, Bentuk-bentuk pendekatan zina iaitu
boleh berlaku melalui pandangan dan
sentuhan, Implikasi yang berlaku
jika seseorang mendekati zina, Langkah-langkah terbaik untuk mendapatkan ilmu,
dan Amalan terbaik untuk menjadi wanita soleha.
Ceramah ini diharap dapat memberi inspirasi
kepada para mahasiswa terutamanya mahasiswi untuk menjadi mahasiswi yang bukan
sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi cemerlang dari segi akhlaknya. Bak
kata penceramah, “Dunia adalah perhiasan, tetapi sebaik-baik perhiasan adalah
wanita soleha”.
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.