22 MAC 2014- Dengan bertemakan keindahan alam sekitar, Exco Sukan dan Rekreasi, Nisha A/P Mayakrishnan serta timbalannya, Nurul Syakirah telah menganjurkan Eksplorasi Borneo dibawah kolej Sakura. Aktiviti ini yang bertujuan untuk memberi peluang
terutamanya kepada pelajar tahun pertama merasai pengalaman menerokai kehijauan
alam sekitar di Sarawak.
Pada pukul 7 .15 pagi, para peserta telah bertolak
dengan bas UNIMAS. Seramai 60 peserta diiringi JPK Sakura telah tiba di Permai
Resort selepas sejam. Selepas makan sarapan dan melakukan sesi ‘warming up’,
para peserta mula bergerak untuk mangharungi aktiviti ‘Jungle Trekking’ yang
mengambil masa selama 3 jam dengan jaraknya 6 km.
Sekitar jam
1 tengah hari, para peserta berjaya menamatkan trel jungle trekking, ternyata
walaupun keletihan terpancar di muka namun semangat yang tidak putus asa serta
keprihatinan terhadap sesama lain telah menjadi sokongan moral kepada para
peserta.
Selepas makan tengah hari, pada pukul 3 petang, para peserta telah
bergerak ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak tidak jauh daripada Permai
Resort. Dengan berintikan keindahan alam sekitar dan kekayaan budaya Malaysia
terutamanya Sarawak dan Sabah, para peserta diberi peluang untuk mengesplorasi
sekitarnya.
Pada jam tepat pukul 4, persembahan
daripada pihak Kampung Budaya yang telah diambil tempat di Teater telah menjadi
antara salah satu aktiviti menarik yang telah mendapat sambutan para peserta
Sakura. Pada pukul 6 petang, para peserta Sakura telah berangkat pulang ke
kolej.
Artikel oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.