GROOMING SAKURA FASA 1

9 Mac 2014- Grooming Sakura fasa pertama anjuran Exco Kebajikan dan Kemudahan, saudari Shaidatul Edora bersama dengan timbalannya iaitu Nor Fauziana Kamisan telah mengembleng tenaga menjayakan program ini. 



Program ini telah berjalan dari pukul 7.30 hingga 10.30 pagi, pada hari Ahad, bersamaan dengan  9/3/2014 dapat dilaksanakan dengan keizinan cuaca yang baik. Lokasi yang telah diambil tempat adalah di sekitar kolej penghuni hawa. Pada pukul 8 pagi, selepas semua peserta daripada 70 buah apartmen berkumpul di tempat letak kereta Blok C, agihan tugas oleh pengendali majlis telah diumumkan kepada para peserta.



 
            Para penghuni Sakura dibahagikan tugas berdasarkan blok A, B dan C. Setiap apartmen dikehendaki 4 warga Sakura untuk membersihkan kawasan sekitar kolej manakala 4 lagi penghuni apartmen berganding bahu mengemaskan apartmen masing-masing. Penghuni blok A diberi tugas untuk membersihkan kawasan belakang, kawasan berdekatan dengan rumah Pn.Ann dan bilik seminar, sekitar kawasan longkang serta menyertai dalam aktiviti cantas rumput. Manakala, penghuni blok B diberi amanat membersihkan kawasan bukit, mengutip sampah, dan membersihkan longkang. Warga blok C  pula dikehendaki untuk membersihkan longkang, mengutip sampah dan mencantas rumput. 






 Pada pukul 10.30 pagi, aktiviti tersebut telah diakhiri dengan jayanya. Dengan ini, penghuni Sakura telah bersatu padu menjayakan antara objektif sasaran unit Exco Kebajikan dan Kemudahan iaitu dapat menyemai semangat kerjasama dan bertanggungjawab dalam mengindahkan lagi kawasan kolej Sakura.





Oleh: Ng Chai Yin
Jurugambar: Amanda Shia Kang Ping

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.