Senamrobik Sakura


29 MAC- Dengan berintikan penjanaan insan berkualiti yang mempunyai gaya hidup sihat, mantan Setiausaha Agung JPK Idyan Hashim yang merupakan pengarah program bagi senamrobik Sakura telah dijalankan pada hari Sabtu. 

Program Senamrobik yang mula dijalankan bagi sesi ini dapat dijayakan dengan penyertaan seramai 33 orang AJK. Sokongan daripada penghuni agak menggalakkan dan disebabkan oleh minggu peperiksaan maka segelintir penghuni Sakura tidak dapat menyertainya.






Walaubagaimanapun, pada pagi itu, lagu Korea telah membuka tirai kepada senaman robik dengan 7 orang AJK yang menjadi instruktur bagi senaman robik tersebut. 

Seterusnya, lagu Kal Ho Naa Ho yang bermaksud hari esok yang mungkin ada ataupun tiada telah menjadi lagu latar belakang bagi senaman yang agak bercirikan gaya Hindustan mendapat tempat dalam hati para hawa.




            


Tidak lupakan juga lagu ‘Xi Shua Shua’ yang telah menyebabkan para penghuni terkenang kembali waktu Minggu Aluan Pelajar semasa menjejakkan kaki di UNIMAS. 



Para AJK yang ‘sporting’ telah menjadikan aktiviti ini penuh santai bersama dengan warga Sakura. Pagi yang menyamankan itu telah membuatkan para penghuni menghayati senaman robik tersebut.




            Menjelang pukul 9.30 pagi, aktiviti ini telah tamat dan merupakan 1 daripada 5 sesi senamrobik yang bakal berlangsung nanti. 


Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping


SEMINAR MENANGANI STRES

26 MAC- Gabungan Unit Kaunseling UNIMAS dan Barisan JPK Sakura sesi 2013/2014 telah menganjurkan seminar ‘Stres dan Cara Menanganinya’. 


          Seminar ini dimulakan dengan ucapan serangkap pantun daripada saudari pengerusi majlis iaitu, Exco Publisiti dan Komunikasi, Ras Aziela pada pukul 7.40pm. 


           Selepas menyanyikan lagu UNIMAS Gemilang dan Tekad Sakura, Pn. Deborah Adrian, pegawai psikologi Unit Kaunseling UNIMAS telah memulakan seminar dengan memperkenalkan diri beliau. Dengan bertemakan “Ciri-ciri, Punca, Kesan dan Teknik Pengurusan Stres- Positive Feeling, Positive Thinking, Healthy Living”.


 Pn. Deborah telah mengendalikan sesi seminar ini di Dewan Kuliah, CTF1.




            Dengan kehadiran warga Sakura, seminar ini dapat berjalan dengan lancarnya. Mengikut Pn.Deborah antara petunjuk pelajar mengalami stres adalah seseorang pelajar itu hilang tenaga, lambat berfikir dan menjadi pasif dalam kegiatan seharian. 


           Punca yang mungkin timbul adalah stres daripada sekeliling, masalah keluarga, kewangan dan rakan sebaya. Sekiranya pelajar tersebut mengalami stres, dia berpotensi untuk mendapat penyakit kemurungan, keresahan, prestasi dalam akademik menurun sebab tidak dapat memberi tumpuan dalam pelajaran, mudah terlibat dalam gejala sosial kerana mencari haluan lain untuk melepaskan tekanan sehingga pelajar tidak mampu berkefikiran rasional. Menurut beliau, sekiranya, tahap stres seseorang pelajar itu kritikal maka dia berpeluang untuk menghadapi penyakit mental apabila tidak mendapatkan rawatan daripada pihak kaunseling.
            


          Pn. Deborah telah menghujahkan beberapa teknik untuk mengurangkan tekanan yang dialami oleh setiap pelajar. Antara tekniknya adalah mengamalkan kesihatan rohani dengan sentiasa berdoa dan mengingati kepada-Nya. Selain itu, mendapatkan sokongan ahli keluarga, rakan sebaya dan pihak kaunseling sekiranya perlu untuk sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan seharian.
             


          Selepas itu, Pn.Deborah telah memperkenalkan barisan Unit Kaunseling UNIMAS yang terdiri daripada sesi 2013/2014. Penyampaian cenderahati oleh Cik Ain kepada Pn. Deborah telah diiringi oleh Presiden JPK Sakura, saudari Shahidatul Edora. Pada pukul 9.30pm, seminar pun telah dihabiskan.




Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping


PALESTINE, DO NOT LIVE IN IGNORANCE


27 MAC 2014-Satu forum kemanusiaan bertajuk `Palestine, Do Not Live In Ignorance` telah berlangsung di Dewan Syarahan,Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS. Dua orang panel jemputan ialah Cik Dewi binti Arabi yang berusia 34 tahun lepasan Universiti Putra Malaysia (UPM) jurusan perakaunan dan Cik Nur Fatihah berusia 21 tahun yang merupakan pelajar tahun 2 UNIMAS sendiri  jurusan kaunseling. Saudara Haris, pelajar tahun 2 UNIMAS fakulti FSTS bertindak sebagai moderator pada malam tu. Forum anjuran JASSA dan Aqsa Syarif ini berlangsung jam 8.30 malam dan berakhir jam 11.30 malam. Selain tu, ada jugak jualan amal yang menjual keychain, mafla, tasfir Al-Quran and banyak lagi. Sepanjang majlis, tabung derma diberikan untuk senangkan warga dewan menderma.




     Sebelum start forum, satu video pasal Palestin ditayangkan. Video ni actually bagi gambaran kat semua pasal kehidupan rakyat Palestin dan Gaza yang berlatarkan bunyi bom dan tembakan setiap hari angkara tentera Israel. Cuba bayangkan kalau kita semua kat tempat diaorang. Tapi yang kagumnya rakyat seluruh dunia ni sebab diaorang still tabah and kuat untuk survive and seriously lagi kagum dengan rakyat Palestin yang rumah lepas kena bom tak menagih simpati and terus bersedih tapi boleh naikkan balik tiang rumah dan bina balik rumah yang lenyap sekelip mata tu. Betapa kuatkan mereka cuba bayangkan and ramai jugak warga dewan menangis tengok video tu. Kanak-kanak still main kat luar petang-petang even kawasan keliling dah tak nampak macam aman.




     Forum tu bersoal jawab pasal sebab kenapa kita kena lindungi  Palestin, pasal  sejarah terbentuknya negara haram Israel dan penaklukan mereka ke atas bumi Palestin. Selain itu, salah seorang panel, Cik Dewi telah ceritakan sendiri pengalaman beliau yang pernah mengikuti misi kemanusiaan hantar derma dan sumbangan ke Palestin. Mengikut cerita beliau, banyak kesukaran yang dialami mereka masa nak masuk ke dalam Palestin. Salah satunya mereka kena pindahkan barang ke trak Palestin dan sampaikan mereka terpaksa bawak masuk berguni-guni beras melalui terowong rahsia sebab disekat di pinta masuk utama. Warga dewan nampak khusyuk sangat dengar cerita yang Cik Dewi sampaikan.







     Moderator pun mainkan peranan penting and sangat berkarisma dengan cara beliau bawa seluruh warga dewan hayati isi forum tu. Lepas para panel dan moderator beri kata-kata terakhir,sesi soal jawab dibuka then satu lagi video pasal boikot barangan dan produk Israel ditayangkan. Sedar atau tak sedar ramai antara kita yang dah sumbang kepada ekonomi Israel dan ni senangkan diaorang beli senjata api yang last-last buatkan ribuan saudara kita kat Palestin dan Gaza terbunuh. Before habis, para panel dan moderator diberikan cenderahati oleh Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain binti Musa.

















Oleh: Nurul Syazwani Zulkifli                                                                    
Jurugambar: Allya Syahirah Abdul Riff