Senamrobik Sakura


29 MAC- Dengan berintikan penjanaan insan berkualiti yang mempunyai gaya hidup sihat, mantan Setiausaha Agung JPK Idyan Hashim yang merupakan pengarah program bagi senamrobik Sakura telah dijalankan pada hari Sabtu. 

Program Senamrobik yang mula dijalankan bagi sesi ini dapat dijayakan dengan penyertaan seramai 33 orang AJK. Sokongan daripada penghuni agak menggalakkan dan disebabkan oleh minggu peperiksaan maka segelintir penghuni Sakura tidak dapat menyertainya.






Walaubagaimanapun, pada pagi itu, lagu Korea telah membuka tirai kepada senaman robik dengan 7 orang AJK yang menjadi instruktur bagi senaman robik tersebut. 

Seterusnya, lagu Kal Ho Naa Ho yang bermaksud hari esok yang mungkin ada ataupun tiada telah menjadi lagu latar belakang bagi senaman yang agak bercirikan gaya Hindustan mendapat tempat dalam hati para hawa.




            


Tidak lupakan juga lagu ‘Xi Shua Shua’ yang telah menyebabkan para penghuni terkenang kembali waktu Minggu Aluan Pelajar semasa menjejakkan kaki di UNIMAS. 



Para AJK yang ‘sporting’ telah menjadikan aktiviti ini penuh santai bersama dengan warga Sakura. Pagi yang menyamankan itu telah membuatkan para penghuni menghayati senaman robik tersebut.




            Menjelang pukul 9.30 pagi, aktiviti ini telah tamat dan merupakan 1 daripada 5 sesi senamrobik yang bakal berlangsung nanti. 


Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping


No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.