SEMINAR MENANGANI STRES

26 MAC- Gabungan Unit Kaunseling UNIMAS dan Barisan JPK Sakura sesi 2013/2014 telah menganjurkan seminar ‘Stres dan Cara Menanganinya’. 


          Seminar ini dimulakan dengan ucapan serangkap pantun daripada saudari pengerusi majlis iaitu, Exco Publisiti dan Komunikasi, Ras Aziela pada pukul 7.40pm. 


           Selepas menyanyikan lagu UNIMAS Gemilang dan Tekad Sakura, Pn. Deborah Adrian, pegawai psikologi Unit Kaunseling UNIMAS telah memulakan seminar dengan memperkenalkan diri beliau. Dengan bertemakan “Ciri-ciri, Punca, Kesan dan Teknik Pengurusan Stres- Positive Feeling, Positive Thinking, Healthy Living”.


 Pn. Deborah telah mengendalikan sesi seminar ini di Dewan Kuliah, CTF1.




            Dengan kehadiran warga Sakura, seminar ini dapat berjalan dengan lancarnya. Mengikut Pn.Deborah antara petunjuk pelajar mengalami stres adalah seseorang pelajar itu hilang tenaga, lambat berfikir dan menjadi pasif dalam kegiatan seharian. 


           Punca yang mungkin timbul adalah stres daripada sekeliling, masalah keluarga, kewangan dan rakan sebaya. Sekiranya pelajar tersebut mengalami stres, dia berpotensi untuk mendapat penyakit kemurungan, keresahan, prestasi dalam akademik menurun sebab tidak dapat memberi tumpuan dalam pelajaran, mudah terlibat dalam gejala sosial kerana mencari haluan lain untuk melepaskan tekanan sehingga pelajar tidak mampu berkefikiran rasional. Menurut beliau, sekiranya, tahap stres seseorang pelajar itu kritikal maka dia berpeluang untuk menghadapi penyakit mental apabila tidak mendapatkan rawatan daripada pihak kaunseling.
            


          Pn. Deborah telah menghujahkan beberapa teknik untuk mengurangkan tekanan yang dialami oleh setiap pelajar. Antara tekniknya adalah mengamalkan kesihatan rohani dengan sentiasa berdoa dan mengingati kepada-Nya. Selain itu, mendapatkan sokongan ahli keluarga, rakan sebaya dan pihak kaunseling sekiranya perlu untuk sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan seharian.
             


          Selepas itu, Pn.Deborah telah memperkenalkan barisan Unit Kaunseling UNIMAS yang terdiri daripada sesi 2013/2014. Penyampaian cenderahati oleh Cik Ain kepada Pn. Deborah telah diiringi oleh Presiden JPK Sakura, saudari Shahidatul Edora. Pada pukul 9.30pm, seminar pun telah dihabiskan.




Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping


No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.