- Salam Sakura ku Sayang -
Pada hari Jumaat sebelah petangnya pula, telah diadakan
program Ceramah Kanser Serviks di PITAS. Ceramah telah disampaikan oleh Dr
Mardiana Kipli yang didatangkan khas dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Apa yang menariknya ceramah ni ialah, kita dapat tahu
tentang kanser ni dengan lebih jelas dan tanpa segan silu. Itulah bagus nya
ceramah seperti ini diadakan. Bagi pelajar kolej perempuan seperti kita semua,
pendekatan seperti ini sangat bagus untuk memberitahu pelajar tentang penyakit
berbahaya yang boleh menyerang wanita.
Disini saya ada beberapa perkara penting yang boleh saya
kongsikan.
Tahukah anda apa yang menyebabkan Kanser Serviks?
Ya, kanser serviks adalah disebabkan oleh virus HPV yang
dibawa oleh kaum lelaki dan disebarkan melalui hubungan seks.
Untuk Malaysian yang tidak mengamalkan free sex kita
digalakkan untuk membuat pemeriksaan selepas kahwin. So siapa yang dah kahwin
tu boleh la kalau nak check? Hihi
Meh sini nak share sikit fakta dan mitos yang kita selalu
dengar.
Mitos atau Fakta?
M – Tuala wanita punca kanser serviks
M – Pil perancang punca kanser serviks
M – Pencuci wanita punca kanser serviks
F – Pencuci wanita
kadang kala menyebabkan kegatalan di bahagian sulit. Hal ini disebabkan oleh
ketidaksuaian pemakaian pencuci wanita dengan kulit
F – Kondom mampu mengurangkan risiko jangkitan virus HPV
Itulah pentingnya kita tahu serba sedikit tentang perkara
macam ni. Takde lah nanti kita ditipu oleh produk-produk kesihatan yang
kononnya mencegah penyakit itu ini.
Oh, faham semua? *gaya cikgu*
Kalau faham bagus. Hehe. Jumpa lagi nanti!
Disediakan oleh : Marjana Darus
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.