Miftah Al-Bait 8.0

Miftah Al – Bait 8.0 : Celik Mata, Adakah Celik Juga Hatinya?
Disediakan oleh : Fatin Shahirah binti Amanzuria



15 Sept 2017 - Miftah Al-Bait 6.0 ini merupakan sambungan Miftah AL-Bait 7.0 yang telah dianjurkan pada semester lepas. Program ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kolej Sakura (JASSA) sendiri. Program ini terbuka kepada semua penghuni Sakura Islam dan bukan Islam.

     Program miftah ini dimulakan dengan bacaan Mathurat beramai-ramai sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah. Sesudah selesai solat Maghrib, dengan iringan imam, semua hadirin menunaikan solat Hajat diikuti dengan bacaan Yassin. Selepas itu, semua hadirin berjemaah menunaikan solat Isya' sebelum acara seterusnya.



     Miftah Al-Bait 8.0 ini diteruskan dengan  forum yang bertajuk "Celik Mata, Adakah Celik Juga Hatinya?" Forum ini telah disampaikan oleh penceramah jemputaan iaitu Wan Muhammad Mujahid bin Wan  Alwi. Beliau merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (PITAS,UNIMAS) . Antara panel jemputan pada malam itu ialah Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain dan penyelia Kolej Sakura, Cik Noorfarida binti Saini.
    

      Antara isi  penting yang disampaikan berkaitan hati ialah  ramai yang mengaku sebagai seorang yang mulia dan baik hati, tetapi apabila Allah kirimkan seseorang yang perlukan simpati, mereka menolak tanpa rasa belas kasihan. Alimnya seseorang bukan kerana amalan agamanya, tetapi sejauhmana beliau punyai ilmu dan faham tentang apa yang diamalkan.

      Memang benar tidak dikira beriman seseorang itu sebelum dirinya diuji. Seringkali kita melihat keburukan orang sebagai satu kesalahan, tetapi kita tidak sedar bahawa keburukan yang ada padanya adalah satu ujian yang Allah turunkan kepada kita untuk melihat apa tindakan kita terhadap situasi itu.


      Diwaktu kita senang, usahakan untuk membantu orang, diwaktu kita susah, belum tentu orang akan membantu kita. Maka ikhlaskan diri dalam membantu orang lain, jangan mengharapkan balasan baik dari manusia, kerana mereka juga manusia biasa yang penuh dengan kelemahan, biar Allah sahaja yang membantu kita dalam susah mahupun senang.

Akhir kata, “Orang tenang akan menang” - Orang yang tenang akan mengeluarkan hormon-hormon yang baik dan merubah enzim badan kita kepada kebaikan. Orang bukan Islam yang berharap pada Penciptanya juga akan mendapat ketenangan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Encik Wan Muhammad Mujahid.


Disediakan oleh,

Fatin Shahirah binti Amanzuria

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.