Program Mahasiswa UNIMAS Hidup Penuh Erti - Say No to Drug Abuse







Daripada Nur Aina Balqis


13 November 2017 - Bersempena sambutan Bulan Kaunseling & Psikologi UNIMAS, satu program dengan kerjasama kelab PEMADAM, telah diadakan di Bilik Seminar Kolej Sakura pada pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Program ini berobjektifkan untuk menyahut cabaran Misi Mahasiswa Bebas Dadah@Hidup Penuh Erti di peringkat universiti. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendidik mahasiswa dan mahawasiswi UNIMAS tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

                Program ini dimulakan dengan satu taklimat daripada Puan Debra, pegawai kaunseling UNIMAS yang telah memberi pengenalan mengenai penyalahgunaan dadah dan bahan. Beliau telah menerangkan kesan-kesan pengunaan dadah dan memberi pendedahan mengenai jenis-jenis dadah yang sering digunakan oleh mahasiswa dan mahasiswi seperti syabu, air ketum, ubat-ubatan dan dadah sintetik.



                Seterusnya, program diteruskan lagi dengan permainan 'jigsaw puzzle' yang mendedahkan peserta dengan jenis-jenis dadah yang terkenal malah digunakan oleh sesetengah mahasiswa dan mahasiswi universiti seluruh Malaysia. Seterusnya, para peserta diminta untuk meyelidik kesan-kesan dadah tersebut kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Antara kesan-kesan yang dibentangkan adalah pengguna akan mengalami halusinasi, hilang ingatan dan juga menggugat kententeraman rumah tangga malah negara. Bukan itu sahaja, peserta juga diminta untuk mengeluarkan idea kreatif mereka untuk menghasilkan sajak, puisi, pantun, malah lakonan sketsa dan lagu mengenai jenis dadah.



               Para peserta seterusnya bermain permainan bisikan makmum dan permainan ini bertujuan untuk mengingatkan peserta supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap isu-isu dadah di dalam kawasan kampus. Program diakhiri dengan refleksi dari para peserta melalui lukisan yang menggambarkan kesan-kesan dadah kepada individu.



No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.