Rabu, 15 November 2017 - Kolej Sakura telah mengadakan satu aktiviti tahunan yang sangat penting bagi semua penghuni kolej Sakura iaitu Sakura on Fire ataupun lebih dikenali sebagai Fire Drill. Program ini diadakan di parking blok C. Latihan kebakaran ini merupakan anjuran Exco Disiplin dan Keselamatan Kolej Sakura dengan kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan. Program ini telah melibatkan semua penguni Kolej Sakura seramai 600 orang dalam menjayakan program Sakura on Fire ini. Menurut saudari Izzaratul Iqma, mantan Timbalan Ecxo Disiplin dan Keselamatan Kolej Sakura selaku pengarah program Sakura on Fire, objektif utama program ini adalah memberi pendedahan asas kepada warga Kolej Sakura tentang tindakan yang perlu diambil apabila berlakunya kebakaran selain membentuk kesedaran dalam kalangan warga Kolej Sakura mengenai kepentingan sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang risiko yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Program ini bermula tepat pada pukul 2.15 pagi dengan siren kecemasan dibunyikan. Para penghuni Kolej Sakura bergerak ke tapak pengumpulan mengikut laluan kecemasan yang telah diberitahu. Sementara menunggu bangunan dikosongan, kesemua ketua apartment diminta melaporkan jumlah ahli setiap rumah kepada AJK yang bertugas.
Setelah selesai melaporkan bilangan ahli rumah, demostrasi menyelamatkan mangsa daripada pihak Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dan sedikit perkongsian daripada pihak bomba. Pihak Bomba turut menyentuh mengenai pergerakan warga Kolej Sakura yang agak lambat untuk berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan. Menurut wakil Bomba yang bertugas pada kali ini warga kolej mengambil masa selama 18 minit untuk mengosongkan bangunan. Menurut beliau, pergerakan dalam keadaan kecemasan perlulah pantas kerana sekiranya berlakuya kebakaran sebenar masa yang perlu diambil hanyalah lima minit. Selain itu, pihak Bomba juga menyatakan bahawa penghuni perlu bergerak lebih pantas ke kawasan berkumpul mengikut laluan yang betul, mematikan semua bekalan elektrik yang sedang digunakan dan pintu perlu dikunci bagi mengelak api merebak dengan cepat
Seterusnya ialah penerangan penggunaan Alat Pemadam Api dan demostrasi penggunaan Alat Pemadam Api oleh wakil pihak Bomba. Para penghuni Kolej Sakura juga tutut berpeluang menggunakan Alat Pemadam Api untuk tujuan latihan. Program tamat pada jam 3.45 pagi selepas sesi penyampaian cenderahati dari pada felo Kolej Sakura, Dr Nor Hasmaliana Abdul Manas kepada wakil pihak Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan. Diharapkan dengan program Sakura on Fire ini dapat meningkatkan lagi kesedaran para penghuni tentang keselamatan mereka semasa berlakunya kebakaran.
Nor Afikah Mazlan
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.