THE MAKING OF DAIE 2.0


23 Sept 18- Bagi meraikan Ahli Jawatankuasa Surau Kolej Sakura (JASSA) yang baru, Ahli JASSA sesi 17/18 telah mengadakan program The Making of Daie 2.0 dalam usaha untuk memberi pendedahan yang lebih jelas dan mendalam tentang tanggungjawab sebagai seorang ahli kelab.

Program dimulai dengan pendaftaran pelajar melalui qr code seawal jam 8.00 pagi. Setiap pelajar akan dibekalkan sarapan pagi sejurus proses pendaftaran dilakukan.

Ucapan aluan dari pengerusi JASSA 17/18

Slot pertama dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi JASSA 17/18, saudari Saidatul Aisyah binti Khairulhizam dan pengarah program, saudari Nurhasikin binti Saleng. Mereka berkongsi serba sedikit objektif program kepada para peserta.

Peserta menikmati sarapan pagi bersama.
Program diteruskan lagi dengan solat dhuha berjemaah yang diketuai oleh saudari Nur Fatin Shafiqah binti Azalli. Seterusnya, para peserta bergerak ke gelanggang bola keranjang bagi aktiviti riadah.

Solat Dhuha berjemaah.

Peserta menikmati aktiviti riadah yang dianjurkan.








Slot seterusnya pula ialah slot perkongsian bersama mantan Exco Pembangunan Sahsiah sesi 15/16 dan sesi 16/17 iaitu saudari Puteri Azira binti Azmin dan saudari Sitti Aishah binti Najamudin. Program ini diakhiri dengan slot refleksi diri secara individu.




Disediakan oleh: Adeebah binti Mohd Nasiruddin
                            Setiausaha JASSA

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.