Sakura Sports Day 2019



24 February 2019, Sunday – In order to encourage the Sakura-ians to be active in sports, the Sports and Recreational Exco had organized a program called “Sakura Sports Day”. It was held for one day at the Sakura Court with four teams competing for netball and five teams in futsal. The program started a bit late because of unavoidable weather condition until noon. Exactly at 1:00 p.m. the players and the committee members scanned the QR Code for their attendance for fifteen minutes.

Registration session

     Food and drinks were given to the players right after completing their registration. Warming up session for the players started at 1:20 p.m. before proceeding with the game to avoid injuries. The games started simultaneously at 1:30 p.m. with netball in their own court meanwhile futsal in the basketball court. Despite playing under the hot weather, the players showed great determination and teamwork. 

Warming up session

     At 4:00 p.m. after the games ended, the players were told to gather in front of the Sakura Minimart for the closing ceremony. It started with a speech from the director of the program, Miss Nur Alia Aqila Binti Md Zin. She expressed her gratitude towards the players and the committee members for giving support to the program and for their hard work during the game. Miss Alia ended her speech with the announcement of the winners and prize-giving ceremony. The program ended with the photo session with all the players.
.
Photo session


 The list of winners for the games are as follow: -


Netball
1st – Inter-B

2nd – Crystal

3rd – Bahenol






Futsal


1st – Kacang

2nd – Laschicas

3rd – Beng Beng






"A successful person never loses. They either win or learn!"
- John Calipari


Prepared by,
Claudia Charissa Ak Jagan








Bengkel Islamic Calligraphy



23 Februari 2019, Sabtu – Sebuah bengkel seni kaligrafi Islam telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Sakura sesi 2018/2019. Bengkel yang diadakan di Bilik Seminar Kolej Sakura ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan mengasah kreativiti pelajar dalam seni Khat.

Pendaftaran pelajar telah dibuka seawal pukul 8.15 pagi sehingga 8.45 pagi. Seramai 36 orang peserta, yang terdiri daripada pelajar Muslim dan bukan Muslim telah menyertai bengkel ini.

Bengkel dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi setelah ketibaan penceramah jemputan, Ustaz Khalidi Bin Ayup yang merupakan seorang guru Pendidikan Islam.


Aktiviti pada pagi itu dimulakan dengan pengenalan serta sejarah ringkas seni khat dan jawi dimana ia terbahagi kepada lima jenis. Selain itu, turut dinyatakan bahawa tulisan khat juga merupakan tulisan yang digunakan dalam penulisan Al-Quran.  

Setelah itu, aktiviti diteruskan lagi dengan pengenalan teknik penulisan dan huruf-huruf dimana pelajar diajar untuk menulis huruf tunggal, huruf bersambung selain turut diberikan latih tubi oleh penceramah.

Pada masa yang sama, aktiviti melukis mural khat di dinding luar Surau Kolej Sakura telah diadakan dan telah disertai oleh enam orang pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti ini telah ditunda ke hari seterusnya oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan.



Bengkel pada hari itu telah diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati oleh pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain Binti Haji Musa dan kemudian diakhiri dengan sesi fotografi. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah hari dan pelajar kemudian mendaftar keluar dengan kaedah QR Code.


Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie

Photographer: Afza Naqibah Binti Azamaain


Amanat Pengetua Awal Semester 2 Sesi 2018/2019




20 February 2019, Rabu – Jawatankuasa Perwakilan Sakura telah menganjurkan “Amanat Pengetua Awal Semester” buat pertama kalinya bagi Semester 2 Sesi 2018/2019 dengan jayanya. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Kuliah, Central Teaching Facilities 1(CTF1).

Para penghuni kolej mula mendaftar menggunakan QR Code seawal jam 7:00p.m sehingga jam 8:15p.m. Tetamu jemputan yang merangkumi Pengetua kolej, Cik Siti Nur Ain binti Haji Musa, Felo kolej, Cik Noorfarida binti Saini dan Pembantu Felo, Cik Puteri Azira tiba di lokasi majlis tepat pada jam 8:00p.m. Majlis dimulakan dengan nyanyian UNIMAS Gemilang dan Tekad Sakura.

Sesi pendaftaran QR Code oleh penghuni Kolej Sakura


Pengetua Kolej Sakura dijemput untuk menyampaikan ucapan beliau terlebih dahulu. Beliau memberi ucapan tentang keadaan terkini kolej dan masalah-masalah yang timbul. Antara intipati ucapan beliau adalah mengenai dana kolej yang diberikan sebanyak setengah juta untuk menaiktarafkan keadaan kolej. Selain itu, beliau juga membicarakan tentang isu keselamatan berkaitan dengan rabies, di mana kes di Sarawak telah mencapai tahap kedua dan mendatangkan kebimbangan kepada pihak kolej.


Ucapan daripada Pengetua Kolej


Pengetua kolej juga memberitahu bahawa gelanggang Sakura akan dibaikpulih dengan dana yang telah dipersetujui pihak UNIMAS. Terdapat sebuah stadium dan pentas beratap yang akan dibina di Blok C. Para penghuni kolej juga dimaklumkan bahawa penyelenggaraan Wi-Fi masih di dalam proses pembelian dan akan dibaikpulih dalam tahun 2019 ini.

Sesi perkongsian oleh penghuni-penghuni kolej


Majlis tersebut berakhir dengan sesi bergambar bersama tetamu jemputan. Pada jam 10:00p.m, setelah tetamu jemputan berangkat dari CTF1, para penghuni kolej dibenarkan untuk mendaftar keluar menggunakan QR Code di luar Dewan Kuliah.

Sesi bergambar bersama tetamu jemputan

Disediakan oleh,
Claudia Charissa Anak Jagan

Let's Get Back to Basic



2 Februari 2019, Sabtu - Sebuah bengkel kerohanian telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Sakura Sesi 2018/2019. Bengkel solat dan wuduk yang dianjurkan adalah bertemakan Let’s Get Back to Basic. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah bagi menguasai pelaksanaan wuduk dan solat dengan baik dan tepat agar mampu melahirkan muslimat yang terbaik dan sempurna dalam melakukan ibadah.



Kaunter pendaftaran peserta telah dibuka seawal pukul 8:30 pagi yang bertempat di ruang legar surau Kolej Sakura. Seramai 50 orang warga Kolej Sakura telah menyertai bengkel ini. Setelah mendaftar, peserta telah diberikan makanan ringan untuk minum pagi. Bengkel bermula tepat pada pukul 9:00 pagi setelah kedatangan penceramah jemputan, Ustazah Maliana Binti Mohd Matahar.



Bengkel tersebut telah dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama adalah berkenaan teori pengambilan wuduk dan solat manakala slot kedua pula adalah berasaskan praktikal solat dan wuduk. Dalam slot kedua peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan untuk memudahkan mereka menjalankan praktikal tersebut. Selain itu, satu sesi soal jawab juga telah diadakan bersama penceramah.



Majlis kemudiannya diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah dan sesi fotografi bersama peserta. Setelah itu, peserta mendaftar keluar menggunakan kaedah QR code.

Disediakan oleh: Deveena Iyot Anak Adrian Betie

Photographer: Aisyah Awang