MAJLIS PENUTUPAN (KWA)

Sabtu, 22 Mac 2014 – Majlis Penutupan Konvensyen Wanita Anggun berlangsung dengan gilang-gemilangnya di Dewan Delima BHEP.



Majlis nie dimeriahkan lagi dengan  kehadiran Prof. Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timb.Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNIMAS, yang sentiasa menyokong program yang kolej kita anjurkan.
Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nur Ain Hj.Musa, Barisan JPK Kolej Sakura, Wakil MPP UNIMAS dan Jurusolek De’ Jezzy & Beauty Studio serta putri-putri Sakura.


  Konvensyen Wanita Anggun pada kali ini berlangsung selama dua hari bermula 21 Mac sehingga 22 Mac dengan temanya “Wanita Perhiasan Dunia”. Sebanyak 4 slot yang diadakan sepanjang konvensyen ini berlangsung iaitu “Ceramah Batas antara Kita”, “Be Gorgeous”, “Wanita dan Kesihatan” dan “Let’s Be Pretty”.


owh ya, tidak sempurna kiranya sesuatu majlis tue if tiada ucapan kan. Memetik ucapan dari Prof kita nie beliau berkata "inisiatif mahasiswa Sakura menganjurkan Konvensyen Wanita Anggun ini amatlah baik dan perlu diteruskan lagi pada masa akan datang. Tambah beliau lagi, seminar pengurusan rumah tangga mungkin boleh dilaksanakan sebagai persedian dan m0tivasi untuk para mahasiswa terutamanya kepada pelajar Kolej Sakura yang merupakan satu-satunya kolej yang penghuninya wanita".  

emmm, seminar rumah tangga??..ok2 macam best je kan...harap-harap pengarah projek kita dapat laksanakan...untuk kepentingan bersama...heee



Manakala menurut Pengarah Projek Konvensyen Wanita Anggun Saudari Nurul Syakirin Mohd Saridi, berkata objektif konvensyen ini dianjurkan adalah untuk membantu para penghuni kolej mengetahui erti sebenar kecantikan dalaman dan luaran, disamping memberi pendedahan kepada para penghuni untuk tampil anggun melalui kelas make-up yang diadakan dan menerapkan dalam diri mahasiswa bahawa “Sebaik-baik kecantikan itu adalah wanita soleha”.





  




      Simbolik majlis penutupan dengan gimik pemotongan kek diiringi oleh 8 orang pembawa lilin yang merupakan putri Sakura sebagai tanda Majlis perasmian dan penutupan Konvensyen Wanita Anggun Sesi 2014.


LET'S BE PRETTY (KWA)



Sabtu, 22 Mac 2014 – “Program Let’s Be Pretty” merupakan slot terakhir sempena minggu Konvensyen Wanita Anggun anjuran Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Sakura



 Slot ini  diadakan di Bilik Seminar Kolej Sakura dan ia memerlukan putrri-putri Sakuara untuk fokus selama 2 jam iaitu  bermula 2.30 petang sehingga 4.30 petang.


 Penampilan istimewa Cik Lin jurusolek daripada De’ Jezzy & Beauty Studio sebagai tenaga pengajar untuk kelas make-up “Let’s Be Pretty” pada kali ini. Seramai 44 orang putri kolej Sakura telah menyertai kelas make-up tersebut.




   Dalam kelas make-up tersebut para peserta turut diperkenalkan dengan jenis-jenis solekan antaranya solek Personal Day Make-up, Nigth Make-up, dan Outdoor make-up.


 Selain itu, pesrta juga turut didedahkan dengan praktikal langkah-langkah solekan yang betul yang bermula dengan cleansing face dan berakhir dengan penggunaan lips.



   Kelas make-up ini diharap dapat memberi inspirasi kepada para perserta untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajari dan tampil yakin dengan solekan yang menawan. “Let’s Be Pretty” 


Disediakan oleh : Nurlaylah Lai
Jurugambar : Cheryln Yin

BATAS PERGAULAN LELAKI & PEREMPUAN (KWA)

Jumaat, 21 Mac 2014 –Sempena dengan Program Konvensyen Wanita Anggun anjuran Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Sakura, satu slot ceramah agama yang bertajuk “Batas Pergaulan Lelaki & Perempuan” telah diadakan. Ceramah tersebut diadakan di Bilik Seminar Pusat Islam.



 Ceramah tersebut  bermula seawal 8.00 pagi dengan pendaftaran mahasiswa Kolej Sakura dan kolej-kolej lain dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Ketibaan dif-dif jemputan iaitu Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nur Ain Hj. Musa, barisan Pengerusi-pengerusi kolej-kolej kediaman UNIMAS dan menampilkan Al-Fadhil Ustaz Tamrin Arrim, Pegawai HIKMAH Kota Samarahan sebagai penceramah jemputan untuk memberi pencerahan berkenaan tajuk ceramah tersebut pada pukul 9.00 malam.


  Fokus utama ceramah tersebut membincangkan tentang pengertian “Ikhtilat” yang sebenar, Bentuk-bentuk pendekatan zina iaitu boleh berlaku melalui pandangan dan  sentuhan,  Implikasi yang berlaku jika seseorang mendekati zina, Langkah-langkah terbaik untuk mendapatkan ilmu, dan Amalan terbaik untuk menjadi wanita soleha.


   Ceramah ini diharap dapat memberi inspirasi kepada para mahasiswa terutamanya mahasiswi untuk menjadi mahasiswi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi cemerlang dari segi akhlaknya. Bak kata penceramah, “Dunia adalah perhiasan, tetapi sebaik-baik perhiasan adalah wanita soleha”.

SAKURA WATER SPORTS DAY

15 Mac: Sakura Water Sports Day merupakan anjuran Exco Sukan dan Rekreasi Kolej Sakuara. Aktiviti ini dijalankan di luar kampus iaitu di Taman Rekreasi Ranchan, Serian.



 Aktiviti ini bermula seawal pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 4.30 petang. Pengarah program untuk aktiviti ini ialah saudari Nurul Syakirah Mohamad Suhaimi, Timbalan Exco Sukan dan Rekreasi.



   Objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri penghuni kolej, mengeratkan sifat kerjasama dan silaturrahim dalam kalangan peserta, menggalakan penghuni kolej bersukan dalam bentuk yang pelbagai terutamanya sukan air, dan menghayati keindahan alam semulajadi.





   Aktiviti ini telah melibatkan seramai 39 orang peserta dan  membentuk 6 kumpulan, 22 orang AJK pelaksana dan 5 orang Majlis Tertinggi Kolej Sakura. Aktiviti ini dibahagikan kepada dua slot iaitu slot pada sebelah pagi yang bermula pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari iaitu bermula dengan sedikit taklimat daripada pengelola program, senam pagi, aktiviti baling bola dalam plastik dan bola beracun air. Manakala, slot pada sebelah petang pula adalah aktiviti “Running Sakura” yang mempunyai 4 checkpoint  iaitu Guess what?, Music Lover, Girl’s Heart dan Salvatore’s.



   Seterusnya, aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tempat pertama telah dimenangi oleh kumpulan 4,  Naib johan dimenangi oleh kumpulan 6 dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 1. Kumpulan 2,5,dan 3 masing-masing menerima hadiah saguhati.

Oleh : Nurlaylah Lai
Jurugambar : Alya Syahirah Abdul Riff


Eksplorasi Borneo

22 MAC 2014- Dengan bertemakan keindahan alam sekitar, Exco Sukan dan Rekreasi, Nisha A/P Mayakrishnan serta timbalannya, Nurul Syakirah telah menganjurkan Eksplorasi Borneo dibawah kolej Sakura. Aktiviti ini yang bertujuan untuk memberi peluang terutamanya kepada pelajar tahun pertama merasai pengalaman menerokai kehijauan alam sekitar di Sarawak. 



           Pada pukul 7 .15 pagi, para peserta telah bertolak dengan bas UNIMAS. Seramai 60 peserta diiringi JPK Sakura telah tiba di Permai Resort selepas sejam. Selepas makan sarapan dan melakukan sesi ‘warming up’, para peserta mula bergerak untuk mangharungi aktiviti ‘Jungle Trekking’ yang mengambil masa selama 3 jam dengan jaraknya 6 km.







            Sekitar jam 1 tengah hari, para peserta berjaya menamatkan trel jungle trekking, ternyata walaupun keletihan terpancar di muka namun semangat yang tidak putus asa serta keprihatinan terhadap sesama lain telah menjadi sokongan moral kepada para peserta. 


             Selepas makan tengah hari, pada pukul 3 petang, para peserta telah bergerak ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak tidak jauh daripada Permai Resort. Dengan berintikan keindahan alam sekitar dan kekayaan budaya Malaysia terutamanya Sarawak dan Sabah, para peserta diberi peluang untuk mengesplorasi sekitarnya.








Pada jam tepat pukul 4, persembahan daripada pihak Kampung Budaya yang telah diambil tempat di Teater telah menjadi antara salah satu aktiviti menarik yang telah mendapat sambutan para peserta Sakura. Pada pukul 6 petang, para peserta Sakura telah berangkat pulang ke kolej.



Artikel oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping


KONVENSYEN WANITA ANGGUN(KWA)
22 Mac 2014-Exco Akademik dan Kerjaya telah menganjurkan KWA ni dengan sangat jayanya. Nilah hasil titik peluh saudari Nurul Syakirin binti Saridi selaku pengarah projek and of course anak-anak buah dia sekali la. Memang macam-macam slot menarik sepanjang dua hari event ni.





 Antara yang best slot time pagi sabtu tu.Tajuknya `Be Gorgeous`. Tajuk slot pun bunyi dah gempak. Seriusly memang awesome and coolest habis penceramah tu. Beliau ialah Puan Dayang Hanani binti Abang Ibrahim yang merupakan lecturer dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat. Banyak sangat tips menarik yang beliau kongsikan. Dahlah Puan Dayang ni memang cantik orangnya and dressing memang tip top la. Then tambah lagi dengan cara beliau berkomunikasi. Memang patut dijadikan ikon pelajar la. Slot ni start pukul 8 pagi dan habis pukul 10 pagi. Memang sepanjang slot beliau mendapat cooperation yang sangat baik daripada student.







Lepas tu, disambung lagi dengan slot kedua oleh Dr Saadiah binti Mohamad Ali. Tajuk yang disampaikan beliau ialah `Wanita dan Kesihatan`. Slot ni pun tak kurang hebatnya. Slot bermula pukul 11 pagi. And sepanjang dua jam bersama Dr Saadiah,banyak perkara yang di share oleh beliau. Antara yang Dr cerita ialah pasal gaya pemakanan yang sihat, tidur yang berkualiti, kesan sampingan ubat-ubat, cara nak pilih ubat, and banyak lagi. Yang buatkan slot ni lagi menarik sebabnya slide show Dr Saadiah memang colourful habis. Siap tunjuk gambar-gambar yang menarik lagi as contoh kat semua.

     So conclusionnya, memang tak rugi lah siapa-siapa yang datang ke slot hari tu. Yang tak datang tu rugi tau. Sebab bukan saja dapat ilmu and tip-tip tapi dapat enjoy dengan dua-dua penceramah ni. Minda pun dapat relaks jugak sekejap daripada dok pikir assignment yang banyak kat bilik tu.
                                                                               










Oleh             : Nurul Syazwani Zulkifli
Jurugambar  : Allya Syahirah Abdul Riff




RECYCLE DAY "RESTORE THE EARTH, RESTORE THE HUMANITY " (FASA 1,2 DAN 3)

Recycle Day, Charity Fund Raising yang telah dianjurkan pada hari Sabtu bersamaan tarikh 15 Mac telah berjalan dengan lancarnya. Aktiviti ini telah berjalan atas kerjasama semua AJK dan penghuni Sakura. Ruang legar blok B telah dijadikan tempat untuk mengumpulkan barang-barang kitaran semula iaitu, botol-botol, tin-tin aluminium dan bahan kertas. 



Antara syarat untuk para penghuni menyumbangkan kepada aktiviti ini adalah dengan mengumpulkan minimum 12 botol, 12 tin aluminium dan 6cm bahan kertas. Atas slogan ‘Restore the Earth, Restore the Humanity’ Exco Kebajikan dan Kemudahan, saudari Nur Fauziana bt. Sekiun telah menganjurkan aktiviti yang mampu menyumbangkan kepada penjagaan alam sekitar. 

Penyertaan daripada Blok A pada hari itu, adalah seramai 7 orang , Blok B pula terdiri daripada 8 peserta manakala Blok C pula terdiri daripada seorang peserta. Pada pukul 12 tengah hari, aktiviti ini telah tamat atas kerjasama daripada semua pihak.









Seterusnya, pembukaan kaunter mega Recycle Day telah mendapat sambutan yang lebih hangat daripada penghuni Sakura.  Aktiviti ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 26 April 2014. Exco Kebajikan, NurFauzana bt Sekiun merupakan pengarah program dan telah menjadikan objektif untuk mengamalkan perbuatan amal serta menderma kepada komuniti sebagai sasaran utamanya. Dengan kerjasama semua penghuni hawa recycle day pada hari itu telah berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang kekangan. Aktiviti tersebut telah mula daripada 8 hingga 12 tengah hari.

Para AJK telah bertungkus lumus membantu para peserta dengan menyelaraskan barangan kitaran semula itu di lobi blok B. Selepas aktiviti itu, Super Mega Kaunter Recycle Day telah dijalankan pada 17/5/2014, hari Sabtu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyumbangkan kepada rumah anak yatim. Sebahagian besar sumbangan daripada bahan kitaran ini diderma kepada rumah anak yatim dan 30% pula disalurkan ke tabung JPK.



Oleh: Ng Chai Yin
Jurugambar: Amanda Shia Kang Ping

GROOMING SAKURA FASA 1

9 Mac 2014- Grooming Sakura fasa pertama anjuran Exco Kebajikan dan Kemudahan, saudari Shaidatul Edora bersama dengan timbalannya iaitu Nor Fauziana Kamisan telah mengembleng tenaga menjayakan program ini. 



Program ini telah berjalan dari pukul 7.30 hingga 10.30 pagi, pada hari Ahad, bersamaan dengan  9/3/2014 dapat dilaksanakan dengan keizinan cuaca yang baik. Lokasi yang telah diambil tempat adalah di sekitar kolej penghuni hawa. Pada pukul 8 pagi, selepas semua peserta daripada 70 buah apartmen berkumpul di tempat letak kereta Blok C, agihan tugas oleh pengendali majlis telah diumumkan kepada para peserta.



 
            Para penghuni Sakura dibahagikan tugas berdasarkan blok A, B dan C. Setiap apartmen dikehendaki 4 warga Sakura untuk membersihkan kawasan sekitar kolej manakala 4 lagi penghuni apartmen berganding bahu mengemaskan apartmen masing-masing. Penghuni blok A diberi tugas untuk membersihkan kawasan belakang, kawasan berdekatan dengan rumah Pn.Ann dan bilik seminar, sekitar kawasan longkang serta menyertai dalam aktiviti cantas rumput. Manakala, penghuni blok B diberi amanat membersihkan kawasan bukit, mengutip sampah, dan membersihkan longkang. Warga blok C  pula dikehendaki untuk membersihkan longkang, mengutip sampah dan mencantas rumput. 






 Pada pukul 10.30 pagi, aktiviti tersebut telah diakhiri dengan jayanya. Dengan ini, penghuni Sakura telah bersatu padu menjayakan antara objektif sasaran unit Exco Kebajikan dan Kemudahan iaitu dapat menyemai semangat kerjasama dan bertanggungjawab dalam mengindahkan lagi kawasan kolej Sakura.





Oleh: Ng Chai Yin
Jurugambar: Amanda Shia Kang Ping