Senamrobik 2.0


12/10- Senamrobik 2.0 telahpun berjalan dengan jayanya di Parking Lot Blok C pada 12 haribulan 10 pada pukul 7.30 pagi. Di kolej Sakura, program ini telah mendapat sambutan daripada penghuni Sakura.

Untuk kali ini, antara lagu yang telah mengiringi langkah senamrobik adalah Happy daripada Pharrel Williams dan juga lagu terkenal oleh Meghan, All About the Bass. AJK aktiviti untuk senamrobik 2.0 ialah saudari Ava Lavinia, Yap Houng Yao, Sim Pey Chua, dan Vicky Elverannie.

Program ini adalah usahasama pengarah program saudari Miao Fong dan AJK-AJK dibawah pimpinannya. 

Senamrobik ini adalah akiviti yang dapat menggunakan kumpulan otot yang besar berterusan yang boleh diselenggarakan dengan iringan muzik berirama untuk meningkatkan tahap kardiovaskular seseorang itu, menurut Kolej Perubatan Amerika.

Senamrobik ini selain dapat mengurangkan tahap kolesterol seseorang itu, aktiviti ini juga dapat mengurangkan tekanan darah. 

Antara cara mudah yang dapat menyihatkan badan seseorang itu adalah dengan rutin harian dengan mengelakkan membuat senaman berat selepas makan selama 2 jam. Senamrobik ini telah berlangsung selama sejam dan telah berakhir pada pukul 8.30 pagi.

Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping



Hari kanak-kanak




11/10- Sempena sambutan hari kanak-kanak, Exco Kebajikan dan Kemudahan telah mengadakan sebuah program di The Salvation Army, Boys Home and Hostel. Pada pukul 7.45 pagi peserta Sakura telahpun tiba di The Salvation Army. 

            Sementara menunggu penyelia yang bertanggungjawab, peserta Sakura telah mengambil sarapan pagi. Seterusnya, sesi senamrobik dengan tarian xi shua shua telah mengambil tempat dengan penglibatan daripada fasi Sakura dan The Salvation Army’s boys.


                Pada pukul 9 pagi, sesi latihan dalam kumpulan dan icebreaking dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik telahpun mengambil tempat dan jelas kelihatan mereka dapat menikmati sesi merapatkan jurang dengan fasi. Antara kumpulan yang kelakar adalah sumpah kelawar yang berjaya mencuit para peserta.

                Music chair antara fasi dan The Boys telah mengambil tempat pada pukul 9.45 pagi. Selepas 45 minit, mini tutor dengan the boys telah memberi banyak input kepada para peserta, semua fasi telah menolong dalam bahagian tutor ini. 

               Ramai kanak-kanak tingkatan 3 telah mengadu bahawa  mereka mempunyai masalah dengan Penilaian Tingkatan 3. Dan tidak dapat dinafikan juga bahawa matematik dan sains masih menjadi masalah bagi pelajar sekolah. Selepas berakhirnya UPSR,  the boys of Salvation Army dapat menikmati permainan bola jaring dengan fasi Sakura.

                Waktu makan tengah hari telah dijamu oleh fasi dan the boys pada pukul 12, dan kanak-kanak telah meletakkan cap tangan atas benderan kain putih dengan pelbagai warna sehingga ada yang telah mewarnakan muka dan seluruh tangan mereka.

                Sebelum berangkat pulang ke UNIMAS, fasi dan the boys of Salvation Army telah mengambil group photo sebagai kenangan yang telah dicipta pada Sabtu yang lalu. Pada pukul 1.20 petang, para fasi telah menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada penghuni Salvation Army. 


               Sementara menunggu bas UNIMAS, para fasi Sakura telah meluangkan masa dengan kanak-kanak Salvation Army, mereka telah menunjukkan bakat dalam bermain piano dan drum. Ade sesetengah kanak-kanak seronok menonton video xi shua shua dan menari dalam laptop.
               
                Para fasi telahpun sampai ke UNIMAS pada pukul 1.45 petang dan setiap daripada mereka amat  berpuas hati bahawa program ini dapat berjalan dengan lancar walaupun pada sebelah pagi trafik agak sesak dan telah tiba di destinasi lambat sedikit daripada tentatif asal dan sampai di destinasi pada pukul 7.15 pagi.

Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amira Aliya Zainuddin


SENAMROBIK SIRI PERTAMA



4/10- Nampaknya hampir semua penghuni Sakura telah turun padang untuk mengikuti siri senamrobik pertama yang diadakan pada pukul 7.30 pagi. Pada jam 7-7.30 pagi, sesi pendaftaran mengikut blok masing-masing telah mengambil tempat. Senamrobik ini telah berlangsung selama sejam setengah yang telah dimulakan dengan lagu What Makes You Beautiful, dengan sesi warming up.




Atas arahan pengarah program saudari Miao Fong, senamrobik siri pertama telah mendapat sambutan daripada para penghuni Sakura. Sesi ini dapat meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan bagi peserta senamrobik.





Seterusnya dapat meningkatkan kecerdasan para penghuni selain menumpukan perhatian kepada bidang akademik. Aktiviti ini diharapkan dapat penyertaan daripada semua peserta untuk menanamkan sifat proaktif dan mempraktikkan gaya amal hidup sihat dan cergas.
            

    Lagu kedua yang telah disampaikan oleh 5 orang AJK Aktiviti adalah Para-Para Sakura, mereka ini adalah Su Lian Zye, Nazifah, Yuan Ni, Jacqueline Tang, dan Jeghadurgaa. Tidak kurang juga lagu yang merancakkan seperti Moves Like a Jagger telah dijadikan lagu untuk mengikuti langkah senamrobik yang agak menyeronokkan.



                Seterusnya bagi sesi cooling down, lagu Bruno Mars yang terkenal iaitu, Just The Way You Are telah dijadikan sebagai lagu pilihan. Pada jam 9 pagi, aktiviti ini telah tamat dengan pendaftaran keluar para peserta dan AJK. 

Diharapkan kesepakatan yang akan wujud daripada aktiviti ini dapat menyemarakkan semangat espirit de corp yang didefinisikan sebagai semangat setiakawan. Dengan berakhirnya siri ini, pada 12 Oktober, hari Sabtu depan akan diadakan senamrobik siri yang kedua.



                

Oleh, Ng Chai Yin

Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping

MOONCAKE FESTIVAL

                                                                                                                         29 SEPTEMBER 2014
29/9-  Mengikut kalendar Cina, setiap tahun menjelang 15hb8, etnik Cina akan menyambut festival mooncake ini dengan berintikan 2 objektif utama. 



           Yang pertama adalah, keluarga dari dekat dan jauh akan berkumpul untuk menyambut perayaan ini dengan menjamu makanan utama iaitu, kuih bulan. Seterusnya, perayaan ini adalah untuk meluahkan rasa syukur kepada hasil sawah padi dan tanaman yang diperolehi.


Sempena hari perayaan yang telah berlalu, pengarah program, saudari Joey Teh telah melaksanakan program mooncake festival yang telah diadakan sekitar laluan FIT yang berdekatan dengan kolej Sakura. Aktiviti ini telah diadakan pada jam 8 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. 


Program tersebut telah mengadakan aktiviti yang dapat menyerlahkan aspek ketradisionalan yang semakin pudar pada zaman globalisasi. Aktiviti pertama yang telah diadakan adalah permainan teka-teki yang membolehkan peserta mendapat sebuah tanglung sekiranya dapat meneka dengan betul. Peserta juga dikehendaki membayar RM1.00 untuk bermain permainan ini yang mempunyai 3 soalan teka-teki.




Selain itu, tulisan kaligrafi Cina yang semakin pudar dalam kalangan generasi zaman teknologi canggih juga telah diadakan semasa program mooncake festival ini. Peserta boleh meminta nama mereka ditulis dalam bahasa Cina daripada para AJK dengan membayar RM0.50. 


Ramai peserta berasa teruja apabila nama mereka ditulis dalam bahasa Cina. Sakurians yang membawa tanglung dan lagu-lagu sempena mooncake festival ini telah memeriahkan suasana di kawasan FIT.



 Akhirnya, para peserta telah melepaskan sky lantern dengan menulis harapan mereka dan melepaskan sky lantern tersebut  di hadapan blok B, kolej Sakura.



 Sky lantern dirujuk sebagai (kong ming deng) dalam bahasa Cina. Lantern ini digunakan masa perang dahulu di mana askar seperjuangan dapat memberi signal dengan menulis mesej kepada rakan seperjuangan atas lantern tersebut apabila dikepung oleh pasukan musuh.

Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping & Nursyikin Hedeir

DEBAT HARI MALAYSIA

                                                                                                               16 SEPTEMBER 2014
                                                                                                               20 SEPTEMBER 2014

Sempena sambutan hari Malaysia pada 16hb 9 2014, sebuah perdebatan patriotik telah mengambil tempat di bilik JPK, kolej Sakura. Seramai  4 kumpulan bagi pusingan saringan telah menyertainya. Terdapat 4 ahli dalam satu kumpulan. Maka seramai 6 kumpulan telah menyertai debat Bahasa Melayu dan 4 kumpulan bagi debat Bahasa Inggeris.


 Saudari Sarah Leong dari FSGK dan saudari Amirah Aliya Zainuddin dari FSKTM telah menjadi juri bagi debat Bahasa Inggeris yang telah berlangsung. Manakala, bagi debat Bahasa Melayu, saudari Wan Awanis yang memegang portfolio sebagai Exco Pembangunan Sahsiah dan saudari Hanie Ruzanna juga sebagai Exco Akademik dan Kerjaya telah menjadi juri bagi debat Bahasa Melayu.



 Aktiviti ini telah bermula pada pukul 9 pagi dan telah berakhir pada pukul 12 tengah hari. Tidak kurang hebatnya juga para peserta kita dalam perdebatan yang dapat pemerhatian daripada juri-juri kita. Mereka dapat menyerlahkan bakat masing-masing dalam perdebatan yang berjiwakan semangat patriotisme. 





Antara topik yang telah diperdebatkan ialah ‘ Teknologi Maklumat, Dunia Tanpa Sempadan’, ‘Latihan Khidmat Negara: Strategi Berkesan Memupuk Semangat Patriotisme’, Rukun Negara Hanya Hafalan Bukan Amalan’. Untuk kategori bahasa Inggeris pula, topik yang diperdebatkan ialah ‘National Service is a Good Way to Foster Unity among Teenagers’.



Selepas menghitung markah dalam aspek masing-masing, terdapat 2 kumpulan yang berjaya mara ke pusingan akhir yang telah berlangsung pada hari Sabtu, yang bertarikh 20/9/2014. Pada pagi itu, walaupun terdapat pelbagai kekangan namun, perdebatan tersebut dapat berjalan dengan lancar atas pimpinan pengarah program, saudari Komathi yang merupakan Exco Disiplin dan Keselamatan bersama beberapa ahli JPK iaitu, saudari Lenny dan saudari Ras Aziela.




Dengan kehadiran 3 juri bagi debat Bahasa Melayu dan 4 juri bagi debat Bahasa Inggeris yang terdiri daripada  saudari Tasnim bt Mohd Taib, saudari Saktiyashinee Thanenthiran, saudari Nur Qistina Sharkawi dan saudara Joshua Wong Teng manakala saudara Eswaran Madialagen, saudara Khairul Shafiq dan Cik Farah telah menjadi juri bagi kategori Bahasa Melayu. Antara komen yang diberikan kepada para peserta adalah perdebatan, bukanlah perbincangan yang bersifat perbualan, dan contoh yang diberikan oleh mereka sangatlah banyak. 




Menurut  saudara Khairul Shafiq, pembinaan ayat sungguh cantik dan penuh dengan unsur sarkastik , bidasan yang diberikan juga adalah cantik. Saudara Eswaran pula mengatakan bahawa mereka mempunyai keyakinan yang sangat tinggi serta ia merupakan karekter yang amat baik semasa menyampaikan isi debat.


Akhirnya, pasukan kerajaan yang terdiri daripada saudari Wan Nor Azliza bt Wan Daud, saudari Siti Sarah Abdul Halim serta saudari Nurul Amirra bt Zulkifli dan pasukan pembangkang yang diambil bahagian oleh saudari Ava Lavinia, saudari Amanda Shia dan saudari Chai Sheau Wei telah menjadi johan bagi pertandingan perdebatan Hari Malaysia bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris  masing –masing.  



Peserta debat yang terbaik bagi kategori bahasa Inggeris telah disandang oleh saudari Ava Lavinia dan saudari Wan Nor Azliza bt Wan Daud telah memenangi peserta debat terbaik dalam debat Bahasa Melayu.



   
     


Oleh, Ng Chai Yin

 Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping

Eid Adha@Sakura : The true value of sacrifice

 Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha,  Jawatankuasa Surau Sakura (JASSA) telah menganjurkan program ceramah agama yang bertajuk “The True Value of Sacrifice” yang diadakan di Dewan Syarahan Pusat Islam UNIMAS pada 1 Oktober.

Barisan Ahli Jawatankuasa Program.

            Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz. Mohd Sarifuddin dan Saudara Didin Wahyuddin sebagai moderator. Dalam ceramah tersebut terdapat dua perkara penting yang dibincangkan iaitu pengorbanan penuntut ilmu dan nilai pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.


            Menurut Ustaz. Mohd Sarifuddin dalam ceramahnya mengatakan bahawa seorang penuntut ilmu perlu berkorban terhadap tiga perkara iaitu menuntut ilmu perlu ikhlas, tidak membuang masa dan sentiasa bersemangat. Beliau juga turut memberi inspirasi dengan membawakan cerita para ulamak yang menuntut ilmu sehingga perlu berkorban jiwa dan raga.


            Selain itu, beliau juga turut mengulas berkenaan nilai pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail melalui kisah pengorbanan dan pengajaran daripada kisah tersebut. Menurut beliau, segala perkara berada di tangan Allah. Oleh itu, beliau menasihatkan para hadirin yang hadir agar sentiasa beriman kepada qada dan qadar Allah sama ada takdir itu baik atau buruk. Tambah beliau lagi, kita perlu bersabar dan Allah menilai kesabaran umatnya daripada permulaan musibah itu diberikan.

            Selepas sesi ceramah, sesi penyampaian hadiah diberikan kepada para pemenang pertandingan mencipta logo dan melukis poster. Bagi pertandingan mencipta logo telah dimenangi oleh saudari Khairulnisa Ibrahim, tempat ke-2 saudari Nur Adila Samsul Bahrin dan tempat ke-3 saudari Nur Sabrina Ramli. Manakala bagi pertandingan melukis poster, telah dimenangi oleh saudari Nurul Syafikah Zulkifli, tempat ke-2 saudari Hazimah Iboi dan tempat ke-3 saudari Khairulnisa Ibrahim.



                                           Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mencipta logo dan melukis poster serta penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan.

            Secara konkulusinya, diharap melalui majlis ilmu ini dapat memberi sumber inspirasi kepada para penghuni Kolej Sakura.


Penulis : Nurlaylah Lai
Jurugambar : Nur Fatin