11/10- Sempena sambutan hari kanak-kanak, Exco Kebajikan dan
Kemudahan telah mengadakan sebuah program di The Salvation Army, Boys Home and
Hostel. Pada pukul 7.45 pagi peserta Sakura telahpun tiba di The Salvation
Army.
Sementara menunggu penyelia yang bertanggungjawab, peserta Sakura telah
mengambil sarapan pagi. Seterusnya, sesi senamrobik dengan tarian xi shua shua
telah mengambil tempat dengan penglibatan daripada fasi Sakura dan The
Salvation Army’s boys.
Pada
pukul 9 pagi, sesi latihan dalam kumpulan dan icebreaking dengan kanak-kanak
yang kurang bernasib baik telahpun mengambil tempat dan jelas kelihatan mereka
dapat menikmati sesi merapatkan jurang dengan fasi. Antara kumpulan yang
kelakar adalah sumpah kelawar yang berjaya mencuit para peserta.
Music
chair antara fasi dan The Boys telah mengambil tempat pada pukul 9.45 pagi.
Selepas 45 minit, mini tutor dengan the boys telah memberi banyak input kepada
para peserta, semua fasi telah menolong dalam bahagian tutor ini.
Ramai
kanak-kanak tingkatan 3 telah mengadu bahawa
mereka mempunyai masalah dengan Penilaian Tingkatan 3. Dan tidak dapat
dinafikan juga bahawa matematik dan sains masih menjadi masalah bagi pelajar
sekolah. Selepas berakhirnya UPSR, the
boys of Salvation Army dapat menikmati permainan bola jaring dengan fasi Sakura.
Waktu
makan tengah hari telah dijamu oleh fasi dan the boys pada pukul 12, dan
kanak-kanak telah meletakkan cap tangan atas benderan kain putih dengan
pelbagai warna sehingga ada yang telah mewarnakan muka dan seluruh tangan
mereka.
Sebelum
berangkat pulang ke UNIMAS, fasi dan the boys of Salvation Army telah mengambil
group photo sebagai kenangan yang telah dicipta pada Sabtu yang lalu. Pada
pukul 1.20 petang, para fasi telah menyampaikan sumbangan dan cenderahati
kepada penghuni Salvation Army.
Sementara menunggu bas UNIMAS, para fasi Sakura
telah meluangkan masa dengan kanak-kanak Salvation Army, mereka telah
menunjukkan bakat dalam bermain piano dan drum. Ade sesetengah kanak-kanak
seronok menonton video xi shua shua dan menari dalam laptop.
Para
fasi telahpun sampai ke UNIMAS pada pukul 1.45 petang dan setiap daripada
mereka amat berpuas hati bahawa program
ini dapat berjalan dengan lancar walaupun pada sebelah pagi trafik agak sesak
dan telah tiba di destinasi lambat sedikit daripada tentatif asal dan sampai di
destinasi pada pukul 7.15 pagi.
Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amira Aliya
Zainuddin
No comments:
Post a Comment
Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.
Any feedbacks and responses are very welcome.