Eid Adha@Sakura : The true value of sacrifice

 Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha,  Jawatankuasa Surau Sakura (JASSA) telah menganjurkan program ceramah agama yang bertajuk “The True Value of Sacrifice” yang diadakan di Dewan Syarahan Pusat Islam UNIMAS pada 1 Oktober.

Barisan Ahli Jawatankuasa Program.

            Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz. Mohd Sarifuddin dan Saudara Didin Wahyuddin sebagai moderator. Dalam ceramah tersebut terdapat dua perkara penting yang dibincangkan iaitu pengorbanan penuntut ilmu dan nilai pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.


            Menurut Ustaz. Mohd Sarifuddin dalam ceramahnya mengatakan bahawa seorang penuntut ilmu perlu berkorban terhadap tiga perkara iaitu menuntut ilmu perlu ikhlas, tidak membuang masa dan sentiasa bersemangat. Beliau juga turut memberi inspirasi dengan membawakan cerita para ulamak yang menuntut ilmu sehingga perlu berkorban jiwa dan raga.


            Selain itu, beliau juga turut mengulas berkenaan nilai pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail melalui kisah pengorbanan dan pengajaran daripada kisah tersebut. Menurut beliau, segala perkara berada di tangan Allah. Oleh itu, beliau menasihatkan para hadirin yang hadir agar sentiasa beriman kepada qada dan qadar Allah sama ada takdir itu baik atau buruk. Tambah beliau lagi, kita perlu bersabar dan Allah menilai kesabaran umatnya daripada permulaan musibah itu diberikan.

            Selepas sesi ceramah, sesi penyampaian hadiah diberikan kepada para pemenang pertandingan mencipta logo dan melukis poster. Bagi pertandingan mencipta logo telah dimenangi oleh saudari Khairulnisa Ibrahim, tempat ke-2 saudari Nur Adila Samsul Bahrin dan tempat ke-3 saudari Nur Sabrina Ramli. Manakala bagi pertandingan melukis poster, telah dimenangi oleh saudari Nurul Syafikah Zulkifli, tempat ke-2 saudari Hazimah Iboi dan tempat ke-3 saudari Khairulnisa Ibrahim.



                                           Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mencipta logo dan melukis poster serta penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan.

            Secara konkulusinya, diharap melalui majlis ilmu ini dapat memberi sumber inspirasi kepada para penghuni Kolej Sakura.


Penulis : Nurlaylah Lai
Jurugambar : Nur Fatin

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.