MOONCAKE FESTIVAL

                                                                                                                         29 SEPTEMBER 2014
29/9-  Mengikut kalendar Cina, setiap tahun menjelang 15hb8, etnik Cina akan menyambut festival mooncake ini dengan berintikan 2 objektif utama. 



           Yang pertama adalah, keluarga dari dekat dan jauh akan berkumpul untuk menyambut perayaan ini dengan menjamu makanan utama iaitu, kuih bulan. Seterusnya, perayaan ini adalah untuk meluahkan rasa syukur kepada hasil sawah padi dan tanaman yang diperolehi.


Sempena hari perayaan yang telah berlalu, pengarah program, saudari Joey Teh telah melaksanakan program mooncake festival yang telah diadakan sekitar laluan FIT yang berdekatan dengan kolej Sakura. Aktiviti ini telah diadakan pada jam 8 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. 


Program tersebut telah mengadakan aktiviti yang dapat menyerlahkan aspek ketradisionalan yang semakin pudar pada zaman globalisasi. Aktiviti pertama yang telah diadakan adalah permainan teka-teki yang membolehkan peserta mendapat sebuah tanglung sekiranya dapat meneka dengan betul. Peserta juga dikehendaki membayar RM1.00 untuk bermain permainan ini yang mempunyai 3 soalan teka-teki.




Selain itu, tulisan kaligrafi Cina yang semakin pudar dalam kalangan generasi zaman teknologi canggih juga telah diadakan semasa program mooncake festival ini. Peserta boleh meminta nama mereka ditulis dalam bahasa Cina daripada para AJK dengan membayar RM0.50. 


Ramai peserta berasa teruja apabila nama mereka ditulis dalam bahasa Cina. Sakurians yang membawa tanglung dan lagu-lagu sempena mooncake festival ini telah memeriahkan suasana di kawasan FIT.



 Akhirnya, para peserta telah melepaskan sky lantern dengan menulis harapan mereka dan melepaskan sky lantern tersebut  di hadapan blok B, kolej Sakura.



 Sky lantern dirujuk sebagai (kong ming deng) dalam bahasa Cina. Lantern ini digunakan masa perang dahulu di mana askar seperjuangan dapat memberi signal dengan menulis mesej kepada rakan seperjuangan atas lantern tersebut apabila dikepung oleh pasukan musuh.

Oleh, Ng Chai Yin
Jurugambar, Amanda Shia Kang Ping & Nursyikin Hedeir

No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.