MIFTAH AL-BAIT 6.0



Miftah Al-Bait 6.0 ini merupakan sambungan Miftah AL-Bait 5.0 yang telah dianjurkan pada semester lepas. Program ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kolej Sakura (JASSA) sendiri. Program ini terbuka kepada semua penghuni Sakura Islam dan bukan Islam. 

Program miftah ini dimulakan dengan bacaan Mathurat beramai-ramai sebelum menunaikan solat Magrib berjemaah. Sesudah selesai solat Magrib, dengan iringan imam, semua hadirin menunaikan solat Hajat diikuti dengan bacaan Yassin. Selepas itu, semua hadirin berjemaah menunaikan solat Isya' sebelum acara seterusnya.

Hadirin mengaminkan doa setelah selesai solat Hajat.
Bacaan Yassin berjemaah.


Miftah Al-Bait 6.0 ini diteruskan dengan  forum yang bertajuk "Perjuangan menuju Cinta". Antara panel jemputan pada malam itu ialah Pengetua Kolej Sakura, Cik Siti Nor Ain dan mahasiswi UNIMAS, Cik Siti Nurul Ainani. Perjuangan merupakan kesungguhan untuk kita mencapai sesuatu, menuju adalah matlamat dan cinta ialah kejayaan seorang pelajar.  "Perjuangan menuju Cinta" bagi seorang pelajar ialah akademik yang dimanfaatkan dengan baik seperti menggunakan ilmu yang kita ada untuk membantu orang lain. 

Cinta yang lahir dalam diri setiap orang adalah berbeza-beza mengikut zaman. Menurut Imam Al-" Ghazali, "cinta ialah perkara yang membahagiakan kepada diri seseorang". Memetik kata-kata Cik Ain, "Be the best believer, no matter what religion you are". Bukan itu sahaja, cinta yang hakiki adalah cinta kepada Allah kerana hati itu milik Allah dan perasaan kasih sayang itu merupakan cinta.
Jarak dapat menguatkan rasa cinta dengan datangnya perasaan rindu terutamanya kepada keluarga. Kita hendaklah menjadikan jarak ini sebagai penguat dan daya penolak untuk kita memajukan diri. 


Akhir kata, semua yang kita lakukan mestilah berladaskan niat yang betul. Pilihan kita adalah tanggungjawab diri kita sendiri. Jangan mudah putus asa dengan dugaan dan cabaran. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Cik Ain dan Cik Ainani.



No comments:

Post a Comment

Segala maklum balas dan respon adalah amat dialu-alukan.

Any feedbacks and responses are very welcome.